arkib

Sabtu, 15 Ogos 2009

Umno nak mati,Pas dok rok.....?


Salam hormat !

Persoalan tersebut diatas dicetuskan olih seorang ahli forum semasa didalam satu majlis pembentangan kertas kerja olih seorang Ajk dewan Ulama' Pas negeri Trg baru baru ini.Soalan yang dikemukakan berbunyi "kenapa masih ada lagi dikalangan ahli jamaah kita yang beria ia ingin mengadakan kerjasama ( perpaduan) bersama dengan UMNO sedangkan kelihatannya parti ini sudah pun dalam keadaan kecemasan dan sudah hampir hendak nazak? jadi apakah olih kerana kita merasakan Parti kita (Pas) tidak rok (tiada kemampuan) maka kita cuba menyorongkan pipi untuk berbaik baik dengan parti (umno) tersebut?".

lalu dijawab olih ahli panel dengan mengatakan "kita hanya ingin mencari seberapa banyak kawan dan mengurangkan seberapa banyak musuh politik jika ada,jadi tidaklah salah jika kita ingin mengemgam erat tangan yang cuba dilhulurkan olih umno itu,disini tidaklah bererti timbulnya isu yang mana kita cuba menyelamatkan mereka yang dalam kecemasan ,cuma kita hanya ingin memberi penekanan mengunakan kaedah ini untuk mengurang musuh politik, itu saja maksud kita"katanya.
Persoalannya apakah benar Parti umno sedang berada didalam wad kecemasan kerana diserang virus H1N1?.tetapi yang jelas Trend rakyat hari ini sudah semakin menolak parti UBN,buktinya seperti yang diketahui umum mereka telah kecundang didalam banyak siri siri pilihanraya kecil sebelum ini,dan dipenghujung bulan ogos ini nanti sekali lagi kita akan dapat saksikan UBN berada diambang sakaratul maut,diPermatang Pasir akan sekali lagi dapat dilihat bagaimana periuk nasi umnoBN akan dimasukan pasir olih pengundi disana.Barapa banyak butir biji pasir itu tidaklah bolih menjadi ukuran akan tetapi apabila nasi bercampur dengan pasir maka tidaklah lagi bolih untuk menjamu selera,makanya fikirlah betul betul !
Poksu-masih berhati hati agar tidak "over confident"......!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan