arkib

Khamis, 30 Julai 2009

Maklumat panass...ISA siap sedia bertembung !








Poksu-pertembungan "Black ISA",persediaan telah dibuat,Uniform baju T telah pun diagihkan... tunggu ulasannya !
Terkini :-
"ISA" itu bukan nama orang,tapi itu nama akta.Akta ini diperkenalkan sekitar tahun 1960, tujuannya untuk mengekang gerakan komunis pada masa itu.Pada tahun itu juga, British masih belum keluar sepenuhnya dari tanah melayu.Jadinya akta ini merupakan sentuhan terakhir bangsa penjajah tersebut untuk tanah melayu yang bakal ditinggalkannya.Akta ini mirip dengan kem Guantanamao binaan Amerika, bagusnya kem tersebut sudah mula ditutup oleh Presiden baru Amerika atas dasar kemanusiaan.Apa yang tidak baiknya akta ini? akta ini memperuntukkan bahawa Kementerian Dalam Negeri boleh menahan mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan gerakan bawah tanah menentang kerajaan.Hmm...ianya dikatakan sebagai satu langkah pencegahan.Tetapi, tidakkah ianya ZALIM?
Seseorang tidak akan dikatakan bersalah sebelum dibuktikan dimahkamah,itu asas dalam mana-mana perundangan negara yang mengamalkan sistem demokrasi.Dan ianya juga adalah tuntutan ISLAM. Dalam kes ISA, Tahanan atau sitertuduh tidak punya ruang untuk membela diri.Bahkan cara penahanannya juga kelihatan sulit, Biasanya keluarga tahanan tidak akan diberitahu dengan tepat kemana mahu dibawa ahli keluarga mereka yang ditahan tersebut.Sudahnya,ia akan merunsingkan keluarga tahanan tatkala mengenangkan nasib ahli keluarganya itu.Ahli keluarga akan dimaklumkan sebaik keputusan KDN menghantar tahanan ke kem tahanan Kemunting. Tentang pertuduhan juga tidak jelas, keluarga akan dimaklumkan dengan versi lain,manakala tahanan dimaklumkan dengan versi yang lain.Perkara ini berlaku kerana,tahanan tidak akan sesekali mampu membela diri memandangkan mereka tidak akan diheret kemahkamah bagi menghadapi pertuduhan.Disinilah timbulnya keZALIMan itu tadi, bayangkanlah dengan nasib isteri dan anak-anak tahanan selepas itu?
Tahanan ditahan mengikut selera Menteri yang bertanggungjawab (Menteri Dalam Negeri) tempoh maksimum ialah 2 tahun,tetapi Menteri boleh melanjutkannya selama 2 tahun lagi jika ianya mahu berbuat demikian. Berbalik tentang pertuduhan, biasanya mereka yang ditahan akan dituduh sebagai Subversif. Persoalannya, benarkah begitu? atau tahanan hanyalah seorang ahli politik atau NGO yang berbeda pandangan dengan pemerintah? jika berbeda pendapat,sepatutnya itu dibenarkan,kerana Negara mengamalkan sistem Demokrasi dan bukannya Monarki.Jika benarlah mereka itu Subversif dan menjadi ancaman keselamatan negara, Heret mereka kemuka pengadilan dan bicarakan mereka.Jika terbukti mereka bersalah,maka hukumlah setimpal dengan kesalahan mereka.Dalam hal ini, ISA tidak punya keperluan tersebut (bicarakan tahanan),walaupun terdapat lembaga penasihat dalam akta tersebut,ianya seolah tidak berfungsi dengan sebaiknya.Lembaga penasihat hanya bertindak menasihat Menteri dan keputusan pembebasan tetap ditangan Menteri! Lagipun,tidak adil pada tahanan yang tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi terpaksa merayu seolah mereka benar-benar bersalah.Disinilah terpamer kepincangan akta keselamatan dalam negeri atau ISA.Tiada jaminan ianya tidak disalahguna oleh mereka yang berkepentingan politik.
Pemerintah boleh menggunakannya untuk memusnahkan pesaing politiknya hanya dengan melakar pertuduhan dan menahan mereka selama mungkin. Pertuduhan itu pula tidak akan dibicarakan dan rakyat tidak akan tahu samada ianya benar bersalah atau tidak.Media perdana pula akan menjadi Platform pemerintah untuk menjalankana propaganda mereka.Rakyat akan dimomokan saban hari,kononnya sitahanan sememangnya seorang yang ganas.Adilkah itu?Ada suara-suara yang mahu akta ini dikekalkan tetapi dipinda agar ianya relevan.Hmm...apakah jenis pindaan itu? apakah pindaan itu nanti akan diperuntukkan kepada tahanan bahawa mereka akan diberi ruang untuk dibicarakan? jika begitu apa perlu lagi Kem Tahanan Kemunting? bukankah sudah ada Penjara?
Ada juga yang cuba mengaitkan akta ini dengan isu ketuanan Melayu. Persoalannya,apakah Bangsa Melayu itu akan jadi hebat hanya dengan menahan tahanan tanpa diberi ruang keadilan padanya? ataupun bahasa mudahnya ialah menzalimi sesiapapun samada bangsa sendiri mahupun bangsa lain akan dapat menobatkan melayu itu menjadi Tuan? Jika itulah yang dimaksudkan oleh mereka yang menyokong akta ini, percayalah...Melayu akan dipandang hina dan dianggap bangsa paling zalim oleh bangsa sendiri dan bangsa asing.
Respon dari saya:
1. Akta ini dikatakan tidak ada ketulusan atas alasan penahanan seseorang tanpa bicara sekaligus tidak mengikut lunas lunas kehendak agama.
2.Dikatakan Penyalahgunaan akta ini untuk kepentingan politik olih pehak pehak tertentu semata mata.
3.Seseorang yang ditahan seolah olah telah melakukan kesalahan sedangkan ianya belum disabitkan olih mahkamah,kerana itulah akta ISA ini dikatakan satu hukuman yang zalim
4.Suatu undang undang pencegahan diperkenalkan pada suatu ketika dahulu untuk menyekat amalan subversif yang pernah digunakan olih kerajaan untuk menyekat anasir pengganas komunis tetapi masih diguna pakai sehingga kini walaupun sudah tidak releven.
Itulah antara 4 teras utama kenapa ramainya dikalangan rakyat diseluruh negara menuntut supaya akta ini dimahsuhkan.Persoalannya kenapa tidak atas dasar kemaknusiaan maka akta ini perlu dipinda?Apakah ada jaminan dengan pemansuhan akta ini kelak segala kegiatan yang melibatkan keselamatan negara bolih diselamatkan? agaknya sudahkah sampai masanya akta ini dipinda atau dimansuhkan terus demi menjaga hak amalan politik negara domokrasi?
Kenapa perlu didesak untuk dihapuskan melalui satu perhimpunan besar sedangkan masaallah ini dapat diatasi sekiranya rakyat sudah memilih satu kerajaan baru kelak?Apakah kejayaan tuntutan memorendom didalam perhimpunan Aman "BERSIH" tempoh hari telah menjadi model kayu ukur untuk kembali menuntut "sesuatu" melalui himpunan rakyat? dan berapa banyak lagi perhimpunan seperti ini akan diadakan pada masa masa akan datang ? jadi fikir betul betul !
Poksu-mempraktikkan soalan why?who?when? where? and how?.......!

Ahad, 26 Julai 2009

Tazkhirah rengkas !



Salam hormat !
Pasti sesiapa juga yang bergiat didalam dunia perniagaan tidak bolih lari dari terkena tipu dan ditipu,teknik penipuan ada pelbagai cara,kali ini saya ingin mahu fokuskan kepada penggunaan wang palsu,kebiasaan sendikit ini bergerak mengunakan khidmat anak anak mentah yang masih dibangku sekolah, kanak kanak ini mudah diperalatkan untuk membeli atau menukarkan wang palsu ini dimana mana premis perniagaan,didalam kesibukan menguruskan kedai dan melayan pelangan kadang kadang sipenjual pun mudah terleka dengan tidak mengambil berat untuk meneliti mengenainya dan ada juga yang kurang arif untuk membezakan yang mana asli dan yang mana palsu.
Jesteru itu jika merujuk didalam agama sekali pun (rujuk risalah jawi diatas ) kita mendapati ianya amat melarang keras mengunakan wang palsu ini.Penguatkuasaan undang undang jenis apa sekali pun akan jadi kurang berkesan jika tidak ada kesedaran agama didalam diri seseorang, jesteru kerana itu penerapan pengajaran agama adalah cara yang paling baik untuk menjadi benteng kepada sesiapa jua untuk tidak melakukan sebarang kesalahan kerana kesedaran takutkan balasan siksaan dari Allah itu akan lebih diutamakan daripada takutkan kepada hukuman undang undang ciptaan dari manusia itu sendiri.....jadi fikirkan betul betul !
Poksu-saya berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada sesiapa jua yang ingin mengambil pengikhtibaran daripanya......!

Kegiatan pecah rumah !



poksu-walaupun kerugiannya kecil sahaja tapi ini menunjukkan disini pun ada pencuri dan penyanggak,bukan sahaja harta benda yang diambil tapi termasuk juga segala dokumen dokumen yang penting disapunya sekali.....apa jenis manusia begini ? fikir betul betul !

Sabtu, 25 Julai 2009

Keluhan @ terkilan !

poksu-sebagai pelangan dan pembaca tetap akbar sinar harian (edisi Terengganu:26 July 2009) merasa amat terkilan dengan tidak tersiarnya satu berita berkenaan dengan tokoh dari MIC yang dikatakan keluar partinya dan menyertai PKR.Apakah ini disengajakan ataupun pehak akbar ini hanya menyiarkan berita terpilih sahaja ? Dimanakah tanggungjawab "satu pengguna satu suara"? fikir betul betul......!

Isu agama (tambahan)

Poksu-Jika tahu perkara itu haram tapi dibuatnya juga akan dikira berdosa, akan tetapi jika tahu benda itu haram tapi dikatakan halal untuk menghalalkan perbuatannya,itu akan dikira sudah terpesong aqidahnya-Kata para ulama'.......!

Jumaat, 24 Julai 2009

Respon dari pelawat

Salam hormat !

Terkini:
setelah tersiarnya sedikit pendedahan berkenaan PBTM, seorang pelawat blog ini yang menamakan dirinya dari AICSB TEAM telah memberi respon didalam ruangan comment mengenainya,berikut adalah komen tersebut:-

PADA TAHUN 2009 INI PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA AKAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNANNYA DAN AGENDA UTAMA UNTUK MEMILIH KEPIMPINAN BARU. BAGI PERINGKAT CAWANGAN MESYUARAT TAHUNAN SUDAH LEPAS DAN SEKARANG INI BERALIH KEPADA PEMILIHAN KEPIMPINAN DI PERINGKAT NEGERI DAN NEGARA. DIHARAPKAN PERWAKILAN PBTM YANG TERPILIH DAPAT BERMUHASABAH DIRI UNTUK MEMILIH YANG TERBAIK DARI KALANGAN YANG BAIK UNTUK MEMBETULKAN KEADAAN PERSATUAN PBTM YANG KINI DILIHAT SEPERTI KURANG BERMAYA.

SEDIA MAKLUM PBTM YANG MEMPUNYAI KEPIMPINAN DI PERINGKAT DAERAH (CWG), NEGERI (BAHAGIAN) DAN NEGARA MASALAHNYA KEBANYAKAN PENERAJU-PENERAJU YANG SEDIA ADA INI SUDAH SAMPAI TARIKH LUPUT DAN TIDAK DAPAT MENYUMBANG APA-APA LAGI MAKA SEPATUTNYA BERALIH KERUSI KEPADA PENASIHAT PBTM SAHAJA KERANA MEREKA INI YANG PASTI SUDAH TIDAK BERDAYA LAGI, KURANG VISI DAN MISI, ‘MENTAL BLOCK’ DAN TIDAK BERWAWASAN KURANG MENGAMBIL BERAT TENTANG APA-APA PERKEMBANGAN TENTANG ISU-ISU SEMASA. ADA LAGI MASIH MENYIMPAN RASA MARAH KEPADA BEKAS PEGAWAINYA. PERWAKILAN PATUT BERMUHASABAH DIRI, PILIHLAH DARI KALANGAN MEREKA-MEREKA YANG TELAH TENTU BERKEBOLEHANNYA, YANG BERWIBAWA, YANG TIDAK MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENJADI KETUA SEPANJANG ZAMAN.

DIMASA YANG SAMA PERLU DIFIKIRKAN DIMANAKAH PERGINYA CERDIK PANDAI BEKAS PEGAWAI TENTERA YANG PERNAH MENJADI PEMIMPIN DALAM ATM SEBELUM INI YANG BOLEH MENJADI PENERAJU UTAMA PBTM DI PERINGKAT DAERAH (CWG), NEGERI (BAHAGIAN) DAN NEGARA ? INI SATU PERSOALAN ?.SAYA RASA BAGI BEKAS PEGAWAI TENTERA YANG SUDAH BARANG TENTU MEMPUNYAI TAHAP KEPIMPINAN, ILMU DAN PENGALAMAN YANG LUAS DAN JUGA TELAH TERUJI. KENAPA TIDAK BERADA DIDALAM PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA. DIMANA MENGHILANGNYA MEREKA-MEREKA INI. SAYA BERHARAP MEREKA-MEREKA INI YANG PERNAH MEMIMPIN KETUMBUKAN TENTERA DAPAT PULA MEMIMPIN MASYARAKAT BEKAS TENTERA. MARILAH SAMA-SAMA BERJUANG KEMBALI DI ALAM MASYARAKAT AWAM SAMA-SAMA MEMBANGUNKAN KOMUNITI MASYARAKAT BEKAS TENTERA DI PERINGKAT CAWANGAN, NEGERI DAN NEGARA SECARA KESELURUHANNYA.

DALAM MEMBINCANGKAN MASALAH BEKAS TENTERA IA ADALAH SAMA SAHAJA. SEDIA MAKLUM TENTERA (LAIN-LAIN PANGKAT) AKAN BERSARA PADA 21 TAHUN PERKHDMATAN PADA UMUR RATA-RATA PADA AWAL UMUR 40`AN, DENGAN PENCEN YANG ADA TIDAK MENCUKUPI. TIDAK KIRA LAGI YANG TAMAT PERKHIDMATAN DISEBABKAN MASALAH DISPLIN. SEBABNYA - ANAK MASIH KECIL BARU HENDAK MEMBESAR. PERLUKAN KEWANGAN YANG BANYAK. DAPAT PENCEN (SEPARUH GAJI AKHIR) TIDAK CUKUP. MESTI BEKERJA LAGI ATAU BERNIAGA.- PELUANG PEKERJAAN YANG SESUAI TIDAK BANYAK BAGI YANG TIDAK PANDAI BERNIAGA. KEBANYAKAN MAJIKAN TIDAK DAPAT MENERIMA PEKERJA BERUMUR LEBIH 40AN.

- MASALAH TIDAK MEMPUNYAI TANAH DAN RUMAH KERANA SEMASA DALAM PERKHIDMATAN ASYIK BERPINDAH RANDAH DEMI KEPERLUAN PERKHIDMATAN. TIADA BERPELUANG MOHON TAPAK RUMAH DAN TANAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN.

- BEKAS TENTERA BERNIAGA TIDAK RAMAI YANG BERJAYA. TETAPI YANG GAGAL CUKUP RAMAI. DARI ITU SEMUA AHLI PBTM HENDAKLAH BERKERJASAMA, BERMUAFAKAT SALING BANTU MEMBANTU, INI LEBIH BAIK DARIPADA MENYIMPAN RASA MARAH KEPADA PERKHIDMATAN DAHULU ATAU BEKAS PEGAWAI ATASANNYA.

KITA SUDAH MATANG DAN WARAS UNTUK UNTUK MEMILIH APA YANG TERBAIK. FIKIRLAH UNTUK KEBAIKAN SEMUA BEKAS TENTERA SECARA KESELURUHANNYA. SAYA MENYERU KEPADA SEMUA BEKAS TENTERA SUPAYA BANGKIT, JANGAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI SAHAJA TERUTAMANYA YANG ADA BERKEBOLEHAN DAN BERKEMAMPUAN, BANTULAH KEPADA RAKAN-RAKAN KITA BEKAS TENTERA MENGHABISKAN SISA-SISA KEHIDUPAN.

UNTUK LEBIH BERDAYA SAING SAYA CADANGKAN SUPAYA MASYARAKAT BEKAS TENTERA INI MENUBUHKAN PARTI POLITIK AGAR SUARANYA DAPAT DI DENGAR DIDEWAN RAKYAT ATAU DIDEWAN NEGARA. HANYA MELALUI SALURAN POLITIK SAHAJA SUARA DAPAT SEGERA DIDENGAR OLEH KERAJAAN YANG MEMERINTAH.

Dan berikut adalah respon dari saya:-

Salam hormat kepada AICSB TEAM !

Soal kenapa masih berbangkitnya tanggapan kononnya terdapat dikalangan bekas anggota LLP yang menyimpan perasaan dendam dan marah marah pada bekas bekas pegawai? saya kira ianya satu perspeksi semata mata seolah olah merasakan diri melakukan kesilapan keatas orang bawahan pada masa perkhidmatan dahulu.Sebenarnya masing masing ada peranan didalam sewaktu sama sama bertugas dahulu, Apatah lagi selepas bersara,yang pastinya mestilah kedua pehak merapatkan atau menyambung kembali hubungan setia kawan dengan motto "berkerja dalam satu pasukan" sebagai mana pernah diamalkan didalam service.Dan yang lebih penting cubalah hakiskan sifat kegoaan "putih kata ku maka putihlah juga katamu' walaupun hakikat sebenar adalah disebaliknya.Jika perlu belajar belajarlah untuk turut sama menghargai idea dan buah fikiran orang lain demi kearah kebaikan bersama.

Keluhan yang mengatakan PBTM dilihat kurang bermaya adalah pada pandangan peribadi saya ianya berpunca dari beberapa faktor, sudut yang saya lihat ialah terlalu banyak meminta minta subsidi sehinggakan ada ayat 'rayuan hari pahlawan". Jesteru itu tidak hairanlah jika kita mudah dicucung hidung kerana sering merayu rayu.Manakala mereka mereka yang pada suatu ketika dulu pernah memimpin satu satu organisasi ataupun formasi dilihat telah menyembunyikan diri,jesteru itu saya menganggap mereka ini sudah terlalu selesa kehidupannya dengan memegang pelbagai jawatan tinggi dengan gaji yang lumayan dimana mana sektor sama ada awam mahupun swasta.

Adapun yang terkapai lemas adalah terdiri dari mereka mereka yang menjadi mangsa keciciran arus pembangunan.Disaat inilah akan munculnya nahkoda yang pada asalnya untuk menyelamatkan anak anak kapal yang sedang terkapai kapai mohon dibantu ini.Tidak dinafikan ada yang iklas mahu menolong dan tidak kurang juga ada yang cuba menangguk ditengah gelombang.Kerana itu kita lihat ada yang dapat diselamatkan dan ada yang pula yang terus tenggelam,kenapa?Sebagai contoh terdapat dikalangan bekas tentera yang kandas didalam dunia perniagaan.salah satu yang menjadi sebab musababnya ialah ketidak ada tempat pergantunggan yang disediakan dari PBTM sendiri seperti dana untuk tambahan modal perniagaan tatkala berlakunya kemorotan jualan,akhirnya pergilah mereka mereka ini menyembah ahlong ahlong ataupun bank bank yang menyediakan kadar faedah bayaran pinjaman balik sehingga 10 peratus.kesudahannya yang lemas akan bertambah lemas dan tenggelamlah jadinya....

Soal cadangan supaya bekas tentera perlu mengujudkan satu pertubuhan parti politik,pada saya kita perlu lihat dari sudut perpecahan suara,PBTM satu suara dan Parti baru itu pula nanti akan jadi suatu suara,sydah berpecah dua.ini akan jadi kurang realistik dan mudah diperkotak katikkan atau diperalatkan olih mana mana pehak yang kurang senang dengan kewujudan parti baru itu nanti, jesteru itu jawapannya PBTM itu sendiri adalah kearah mempolitikkan ahli ahlinya dengan secara tidak sedar,tanpa disedari PBTM juga adalah satu kompenan bebas mana mana parti politik yang sedia ada,kerana itu kita gelarkan ianya satu pertubuhan badan bukan kerajaan atau pun NGO (non govermen organisation)dengan berkerjasama diantara parti parti politik inilah suara PBTM itu dapat disalurkan melalui perantaraan ketua/exco (YDP/negeri) ataupun President/senator (Pusat/negara).

Olih yang demikian betapa pentingnya pemilihan ketua dibuat secara tulus dan teliti demi menjamin kesejahteraan keseluruhan ahli ahli itu sendiri dan bukan untuk kepentingan seseorang individu semata mata...jadi marilah kita fikir betul betul !

Poksu-Cadang mohon bon dari kerajaan untuk mengelakkan kurnian projek akan diselewengkan untuk kepentingan individu tertentu shj...!

Rabu, 22 Julai 2009

Analisis politik akar umbi


Salam hormat !

Dimana mana pun ada berlaku melibatkan seseorang tokoh yang dikatakan berwibawa namun terpinggir dari persada politik (akar umbi),sama ada situasi terbiar sebegini menjadi pilihan dia sendiri atau disebabkan orang lain menyebabkan beliau kecewa lalu membawa diri tidaklah dapat pastikan dengan tepat.Walau bagaimana pun dari riak diair menunjukkan beliau sudah merasa ter"keduh" hati kerana dek satu krisis pertembungan perebutan jawatan,dalam saat yang kritikal itu tidak ada pula yang mahu tampil membela akan dirinya walaupun permasaallahannya itu telah dimajukan kepada peringkat kepimpinanan,katanya.Kerana tidak ada yang ingin menjadi hakim atau sebagai orang tengah untuk mendamaikan pertelingkahan tersebut makanya itulah sebab agaknya beliau mengasingkan diri jamaah walhal pada telikan saya secara peribadi beliau sangat berpotensi untuk memimpim malah pernah jadi pemimpin diperingkat akar umbi.Diatas komitmen yang ditunjukkan kepada perjuangan maka ramai memanggilnya dengan gelaran nama" pok Mat songgok"(disebabkan diatas kepalanya sentiasa tidak lekang dengan pakaian songgok).Malah beliau pernah diberi pingat kebesaran negeri dengan gelaran P.J.K. Tapi sayang beliau kini menyendiri.......

Nama nama besar sepertinya amat diperlukan didalam sesebuah parti,soal batasan umur rasanya belum sampai ketahap maghrib lagi,tetapi dek kerana "position" (kerusinya) menjadi rebutan lalu ianya terbiar dan dibiar menjadi mangsa keadaan.......jadi beginikah caranya yang dikatakan satu perjuangan "islam" yang kita mahu warisi atau tunjukkan contoh tauladan kepada generasi muda atau pelapis pada masa akan datang?.......jesteru itu fikir betul betul !

Poksu-minta minta jangan mudah lalai...!

Selasa, 21 Julai 2009

Pengajaran diMU (aktiviti akar umbi)



Salam hormat !
Dua hari yang lepas saya telah melawat seorang pesakit barah rahim dan pada hari ini (21/7/2009) beliau telah kembali keramatullah,olih kerana saya juga selaku bendahari yang memegang amanah badan pakatan khairat kematian dikampung maka sejumlah wang (rujuk resit bayaran diatas) telah dihulurkan kepada keluarga beliau,mudah mudahan dengan sedikit dari wang sumbangan tersebut dapatlah kiranya untuk menampung segala macam kos urusan pengkebumian jenazah.Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapakan tahziah dan sedekahkan alfatihah...amim !
Secara tidak langsung saya juga berkesempatan menemuramah seorang ibu tunggal yang juga merupakan seorang kurang upaya (Download adope media flast player untuk lihat video). Kisah dukanya telah sekian lama bersarang seolah tidak ada mana mana pehak yang tampil untuk menyelesaikan masaallahnya.Kenapa ?apakah benar masa susah orang benci masa senang orang dengki? jadi fikir betul betul.......!
Poksu-ini bukan wayang,ini betul betul.......!

Isnin, 20 Julai 2009

Respon@ulasan....

Salam hormat !

Selaku ajk PIBG dan juga bapa kepada 2 orang anak yang sedang belajar disekolah rendah kebangsaan maka saya rasa terpanggil untuk menurunkan sepatah dua kata sebagai respon kepada cadangan untuk memansuhan peperiksaan UPSR (rujuk keratan akbar diatas).tapi...

Poksu-harap dapat tunggu dulu ulasanya yang akan menyusul dilain kali...tk

Ahad, 19 Julai 2009

betina pisau cukurkah kita ?

Salam hormat !

Kadangkala saya terpengaruh juga dengan pendapat seorang sahabat yang juga merupakan seorang bekas tentera setelah beliau mengatakan tidak ada menafaat suatu apa pun berada dalam persatuan kerana pada penilaian beliau mereka yang berada didalam persatuan hanya untuk dijadikan batu lonjatan bagi melangkah kejawatan yang lebih tinggi kemudian jika ada rezeki akan dilantik pula sebagai senator dan sebagainya, kemudian selepas dari itu ahli ahli yang berkerja keras diperingkat bawahan (akar umbi) untuk menaikkan "seseorang" itu tiba tiba dibuat buat lupa. Apabila saya amati kata katanya itu secara halusi ada betulnya juga,ini berdasarkan pengalaman saya yang telah berada hampir dua penggal didalam cawangan selaku jawatan kuasa maka saya dapati pada setiap kali datang bermesyuarat ada ada saja cawangan akan meminta itu dan ini termasuklah duit ringgit,olih kerana atas dasar perasaaan simpati dan sayangkan pada perjuangan parti agar dapat bergerak untuk menjalankan segala aktivitinya mahu tidak mahu maka terkeluarlah dari poket masing masing untuk dihulurkan dengan rasa "rela dalam duka".

Rela yang dimaksudkan ialah diberi secara iklas walhal ada diantaranya merasa duka kerana jika hendak diungkit dan dibangkitkan mereka yang datang mesyuarat itu pun sudah melakukan satu pengorbanan,sebab ada diantaranya berkerja sendiri ataupun berniaga,ini bermakna jika seorang peniaga maka pada masa itu akan ditinggalkan kedainya atau perniagaannya,jika seorang yang tinggal jauh jaraknnya dari tempat mesyuarat/aktiviti/program sudah tentu duit minyak terpaksa dikeluarkan sendiri,jika hendak disebut satu persatu atau diKLIM balik memang banyak,cuma saya sekadar hendak memberi beberapa contoh sahaja.

Olih kerana itu,saya berpendapat janganlah kita jadi seperti "betina mata cukur".Di peras habis habisan sehingga botak sijantan lalu sibetina tadi akan lari mencarai jantan lain pula...... elokkah begitu?.Dengan perkembangan terbaharu yang diumumkan olih Menteri Pertahanan untuk mengkaji balik pencen terkini bagi bekas tentera  maka teramat amatlah kita alu alukan.Setidak tidaklah bolih memberi satu suntikan semangat untuk ahli ahli hadhir didalam setiap aktiviti atau pun mesyuarat selain untuk bermatlamat kerah" jasamu dikenang".Lagi sekali saya ulangi jangan sampai kita dicop seperti "betina pisau cukur"....kerana ahli kini sudah tahu dimana tempat pelaburan yang bolih mendatangkan pulangan balik.....jadi PK betul betul !

Poksu-

Jumaat, 17 Julai 2009

Baling batu sembunyi tangan... kenapa?


Salam hormat!

Terdapat beberapa faktor menyebabkan seseorang itu terpaksa "membaling batu sembunyi tangan".Pertama-kerana timbul perasaan benci dan dendam kesumat didalam hati,kedua-ialah lahir daripada pehak ketiga yang sengaja ingin membuat provokasi dengan harapan dapatlah ia mengambil kesempatan dengan menangguk diair keruh,ketiga-ialah tiada ruang atau tempat untuknya mengadu atau bergantung harap.Keempat-memang sengaja hendak menyembunyikan kesalahan sendiri dengan kata lain hendak menegakkan benang basah.Dalam ketegori manakah kita?

Baiklah, saya ada sedikit huraiannya,disini sudah tentu ada pro dan kont atau baik dan buruknya.Pertama cuba kita lihat dimana kesilapan dan kecacatan sehingga ada yang sanggup atau tidak berani menonjolkan diri dengan cara membaling batu sembunyi tangan dan tidak mahu bertanggungjawab untuk berdepan atau bersemuka.Sikap ini seolah olah sudah tidak ada satu cara atau kaedah lain untuk menyelesaikan sebarang masaallah,natijahnya banyak keburukan akan timbul pada kedua dua belah pehak akan tetapi kata dari kacamata agama jika keburukan itu dilihat lebih baik untuk mengelak timbul kemudhoratan maka ianya bolih dimaafkan.Sebagai contoh keburukan dalam peperangan adalah untuk mencari satu kebaikan selepasnya.

Terlebih dahulu saya hendak menyatakan bahawa tulisan ini tidak ada kena mengena dengan tajuk akbar diatas cuma apa yang saya hendak kaitkan disini ialah tentang bagaimana saya telah dihubungi olih seseorang apabila terkeluarnya kesah titik bengik apa yang telah berlaku didalam PBTM pada artikel saya diblog sebelum ini.Beliau yang dimaksudkan bukan calang calang orang kerana pernah memegang jawatan diperingkat Jawatankuasa kerja pusat (negara) malah katanya pernah mengarang satu buku yang bertajuk BUKTI DAN FAKTA PENYELEWENGAN PBTM.Ekoran daripada edaran buku tersebut kepada ahli ahli maka beliau telah disabitkan dengan kesalahan dibawah undang undang perlembagaan persatuan kerana melanggar sekian sekian fasal dalam peraturan tersebut lalu satu lapuran polis telah dibuat keatas beliau.Apa yang dimuskhilkan disini ialah penyelewengan yang dimaksudkan didalam buku itu telah tenggelam sebaliknya kes kesalahan melanggar pelembagaan persatuan pula yang berbangkit..... akibatnya beliau kini telah digantung keahlian.

Saya amat faham kenapa beliau bertindak sedemikian (mengeluarkan buku tersebut),ini adalah kerana berpunca daripada betapa amat sukarnya untuk beliau mencari satu 'barisan bertindak" disebabkan yang pertama pengaruh wang ringgit dan kedua ialah ramai diataranya yang masih banyak mengambil kira aliran politik kepartian dengan kata lain satu tindakan berbau politik lalu mencari helah untuk menyusut atau berselindung disebalik kononnya kesalahan perlembagaan.

Olih yang demikian maka kita lihat ada sesetengah pehak atau seseorang individu itu mengambil jalan tengah dengan menyebarkan risalah mahupun dalam bentuk buku dengan harapan ingin menyedarkan orang ramai (ahli ahli).Tapi AWAS kerana terdapat banyak daripada risalah berbentuk sampah maka berhati hatilah jangan sampai terperangkap kerana agama sendiri menyarankan "selidikilah terlebih dahulu sebarang berita itu jika datangnya dari seorang fasik". Jadi fikir betul betul....!

Poksu-Pernah terima surat layang... yang baik dibuat tauladan yang buruk dijadikan sempadan !

Rabu, 15 Julai 2009

Komplen: PBTM



Salam hormat !
Persatuan bekas tentera Malaysia (PBTM) pada tahun ini akan mengadakan pemilihan kepimpinan disemua peringkat bermula dari cawangan (daerah) bahagian (negeri) dan sehinggalah kejawatan Presiden (Negara). Kebanyakan cawangan telah pun selesai menjalankan pemilihan didalam mesyuarat agong masing masing, manakala bahagian negeri Terengganu dijangka akan diadakan pada awal bulan ogos nanti.
Selain daripada itu seperti biasa banyak usul usul akan dibentangkan didalam mesyuarat tersebut, kebanyakkan daripada usul usul akan berkisar kearah untuk menjaga hal ehwal kebajikan ahli ahli.Pada asas bunyinya memang baik tetapi yang lazimnya banyak dari daripada perancangan kurang menjadi sebagai satu contoh pada suatu ketika persatuan dibahagian negeri terengganu pernah melaburkan piluhan ribu ringgit kedalam ASDI (amanah saham darul imam) walhasilnya bukan melabur tapi jadi hancur lebur, natijahnya persatuan hendak bergerak sendiri tidak mampu dan terpaksa menagih ehsan dari kerajaan negeri, difahamkan pada setiap tahun sejumlah rm30 ribu telah disumbangkan kepada persatuan olih kerajaan negeri kepada persatuan namun ianya masih lagi tidak mampu menampung atau menimbus hutang lebih rm50 ribu maka kerana itu pada mesyuarat agong tahunan pada tahun lepas sejumlah hutang tersebut dibawa kemesyuarat untuk mendapatkan mandat dari ahli bagi melupus kira (bil out). Walhal jalan terbaik ialah dengan membawa mereka mereka yang terlibat terus kepihak berkuasa untuk pengadilan.Tetapi tidak berlaku sedemikian.....
Bukan setakat itu sahaja malah diperingkat Negara juga terdapat masaallah tersendiri,dari apa yang difahamkan Bangunan Empat tingkat yang dinamakan wisma pahlawan dibandaraya Kuala Lumpur milik kebanggaan sekian lama ahli ahli bekas tentera telah menanggung pelbagai hutang piutang sehingga ada syor supaya dijual sahaja bangunan tersebut.Mungkinkah disini bolih ditakrifkan berlakunya banyak korupsi atau ketidak kecekapan mengurus, agaklah sendiri......andainya tiada perubahan kepimpinan pada tahun ini maka sudah pasti perkara lama akan datang kembali !
Berbalik keperihatinan persatuan untuk menjaga kebajikan ahli memang tidak dinafikan cuma peranan dan penerangannya kadangkala tidak sampai keperingkat akar umbi secara menyeluruh. Ramai tidak menyedari ujudnya ruang dan peluang setiap apa yang disediakan olih persatuan secara khusus dan juga peranan jabatan hal ehwal veteren (JHEV) dibawah kementerian pertahanan secara amnya.Walau bagaimana pun syabas kepada persatuan kerana mengambil langkah melakukan penerangan dari masa kesemasa kepada setiap ahli PBTM dan juga kepada bukan ahli (yang layak ditakrifkan sebagai bekas tentera mengikut syarat syarat tertentu).Soal pembiayaan pendidikan dari apa yang dipaparkan (rujuk keratan akbar diatas) amat dialu alukan kerana setidak tidaknya untuk mengelak para pelajar terlibat dengan bayaran bayaran faedah bunga (rujuk risalah penyata pnjaman PTPTN diatas) walaupun pelajar tersebut masih lagi dialam pengajian akan tetapi ianya telah pun dibebankan dengan "interrest".
Soal pembayaran skim pencen baru,pada hemat saya masih banyak perkara yang bolih dipertikai dan dibahaskan.Sebagai contoh ayat menyebut bekas tentera yang layak hanya untuk anggota yang bertugas 'lebih daripada 21 tahun" berkhidmat,untuk memberi lebih keadilan pada semua saya kira ianya sepatutunya berbunyi "genap 21 tahun keatas".Dengan ini tidaklah hanya tertakluk kepada mereka mereka yang telah pun mempunyai pencen lebih daripada rm3000, jika tidak diubah bermakna pendapatan pencen bagaikan langit dengan bumi perbezaannya diantara bekas pegawai bertauliah dengan bekas pegawai lain lain pangkat.Apakah kita mahu orang senang akan bertambah senang manakala yang susah akan kekal statik kedudukannya.... jadi fikir fikir betul betul !
Poksu-mahu pengadilan yang tulus untuk semua...!

Tahniah Prk MU:Pertahan rekod tanpa kalah !


salam hormat !

Anilisis pendek (katakanlah walaupun sepotong ayat pada kebenaran:maksud hadith)

1.sebab orang pas (MU)tidak melihat perkara dunia lebih penting berbanding dengan ganjaran diakhirat (islam) walaupun jika dilihat disegi perbezaan calon bagaikan langit dengan bumi (pengurus dengan peniaga)siapa yang lebih cekap dan bijak mentadbir?.

2.Punca kemorosotan undi ialah (seperti dikebanyakkan prk) curahan duit dan berjanji itu ini begitu begini menjadikan ada diantara pengundi terasa terhutang budi disamping perbalahan mulut secara terbuka dikalangan kepimpinan pas sendiri adalah salah satu faktor utama majoriti kurang.Ini memberi erti pengundi memilih dasar parti dan bukannya kerektor calon.
Poksu-Tahniah kepadaMU kerana tahan di Uji dan pada abe Uji sendiri.......!

Selasa, 14 Julai 2009

Petugas selamat kembali.....

Salam hormat !
Poksu-keputusan bila lagi ?

Halau hantu diMU !





Salam hormat !

Poksu-Sebentar tadi saya terima talifon dari seorang kawan dari nun jauh diKuantan sana bertanyakan akan perkembangan di Manek Urai,saya kata saya tak pandai hendak menujum tapi kalau setakat nak baca ayat ayat untuk halau hantu saitan tu kira bolih cuba acu try test sikit sikit,walau bagaimana pun jika dilihat pada rekod lama diatas kertas sememangnya kemenangan akan berpihak kepada Pas,cuma jika diatas padang sebenar macam macam bolih berlaku.....berapa jumlah majoriti? tengah dok fikir betul betul !

Ahad, 12 Julai 2009

manek Hurai kan aqidah ! (terakhir)


Salam hormat !
Huraiannya-


Poksu-selamat mengundi bagi seluruh penduduk di DUN manek urai....!

Sabtu, 11 Julai 2009

manek Hurai kan aqidah ! (6)
















Salam hormat !
Secara rengkasnya hukum hudud adalah satu atur peraturan yang telah ditetapkan olih Allah S.W.T yang dipetik dari sumber Alqur"an dengan gabungan dari sumber hadith Rasullah S.A.W bertujuan untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang yang melakukan kesalahan dibawah kanun jenayah syariah, tersebut juga didalam kitab fekah hukum syariah yang lain seperti qisas dan takzir.Inilah yang dikatakan ibu kepada undang undang islam yang diperjuangkan dan mahu ditegakkan olih Parti Pas setelah melihat Parti umno tidak begitu bersungguh sungguh untuk mendaulatkan undang islam ini sebaliknya yang diagong agongkan ialah undang undang lord red yang ditinggal olih penjajah British.

Saya bukanlah seorang pakar untuk menghuraikan secara terperinci namun dari perspektif peribadi saya melihat ini adalah satu peraturan yang positif kearah untuk hendak menjaga agama (islam) menjaga nyawa (rakyat) menjaga akal (kesihatan) memilihara keturunan (bangsa) dan juga harta benda (tanah air).Olih yang demikian sebelum itu suka saya hendak memetik beberapa potong ayat dari surah Al-Baqoroh ayat 219,surah Annisa"ayat 43 dan surah AlMaidah ayat 90-91 yang antara lain intipatinya bermaksud setiap larangan allah itu (mengharamkan arak) dibuat secara beransur ansur dan secara berperingkat peringkat (AlTadriz pistasriq) dengan tujuan tidak mahu membeban dan memberatkan (taqlil Al Taqlid). Peringkat yang dimaksudkan ialah menerangkan (dakwah),mengingatkan (tazkirah) dan seterusnya melarang (menghukum).Olih kerana itu cuba kita tanyakan berapa ramaikan diantara umat islam khusus didalam sesebuah negeri itu faham akan undang undang syariat ini?.
Berkata para ulama' Tidak sah mengerjakan perkara wajib sebelum dibuat perkara wajib terlebih dahulu',sebagai contoh tidak sah mengerjakan solat sebelum diambil wudud terlebih dahulu.Kemudian cuba kita tanyakan yang manakah terlebih wajib diantara kerja berdakwah (terang) terlebih dahulu sebelum menghukum? fikir betul betul......!
Poksu-buat jika agama kata bolih buat....!

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan