Sala hormat!
Pada siri 3 yang lalu saya telah menyingkap kembali sedikit sebanyak pengalaman ketika menjalanai latihan rekrut disini,didalam kawasan kem perdana Sungai Besi ini sebenarnya terdapat banyak lagi unit unit atau lain lain kor termasuklah maktab tentera diraja (MTD) yang kini dikenali sebagai Universiti Pertahanan Nasional.Tempat melahirkan generasi graduan Pegawai Tentera Bertauliah berpangkat Laftenen Muda keatas. Secara kebetulan atau sudah ada perancangan swal sebelum itu tidak tahulah pula saya,kerana pada masa latihan intex saya,pegawai muda yang baru keluar dari maktab inilah yang menjadi ketua tiap tiap platun .kesemuanya jika tidak silap saya sebanyak 12 platun kesemuanya.Ilmu tektikal ketenteraan serta muslihat pepeangan telah diajar olih pegawai pegawai muda ini.Ilmu mereka ini masih panas panas lagi almaklumlah baru keluar dari maktab.Tetapi yang jadi masaallahnya rekrut sendiri yang tertidur kelitihan disemasa pelajaran disampaikan,akibatnya sorang tertidur semua kena denda berlari keliling padang,bila badan sudah berpeluh mengantuk terus hilang...kah...kah...kah....
Disemasa intek kami tidak ada pula pelatih atau rekrut dari kalangan perempuan,sebab itulah saya tidak tahu hendak ceritakan mengenainya,cumanya penglaman saya disemasa menjalani kursus lanjutan lain memang ada juga terdapat pranita (perempuan) ini.Jadi faham faham sajalah,banyak juga pengecualian latihan lasak lasak yang tidak melibatkan mereka.Biasalah tu.....nak buat macam mana insan lemahlah katakan.... keh....
keh....keh.....Tapi tempat penginapan mereka dijamin selamat dari sebarang pencerobohan,begitulah berdisiplinnya askar lelaki,tidak sekali kali menganggu privisi mereka malah sering membantu jika diminta tolong dalam membuat sesuatu hal.
Berbalik kepada suasana disemasa latihan rekrut tadi,bagi yang beragama islam,pada tiap tiap hari jumaat,kami dikerahkan secara beramai ramai menunaikan solat Jumaat diMasjid.Tetapi yang lucunya hampir kesemua terlea berdengur tertidur keletihan disemasa bacaan khutbah,yang nakal nakal sedikit tu ada yang memonteng sembahyang dan ambil kesempatan merokok ditepi tepi tandas...kah...kah...kah...habis solat selamba je ikut balik kekem semula.Yang masih teringat olih saya semasa pertama kali berlatih menembak.Apabila terdengar saja arahan "tembak" saya terus memicit picu dan menembak ketarget didalam kedudukan meniarap.Banggg....peluru pertama keluar,dimasa yang sama Pangg....bunyi punggung saya dipukul,aduhh...pedihnya,entah entah peluru telah tersesat dan kena pada punggungku"fikir saya., tembak tu biar betul betul sikit,tak kena pun tu,bentak jurulatih yang sedang berdiri mengawasi tembakan dibelakangku,ooooo....rupa rupanya tongkat rotan jurulatih yang halus itu telah membaham kepunggungku rupanya, ngeriku yang bersangka terkena peluru tadi tu telah hilang...kah ....kah,,,kah,sempat juga jurulatih ambil kesempatan merotan sebagaimana ibuku yang pernah merotan ku dulu.
Peristiwa kedua yang tidak dapat saya lupakan ialah disemasa menjalani latihan berjalan kaki jarak jauh, Jika tidak silap hampir 50km juga jauhnya.Kami mula berjalan selepas waktu magrib,berjalan dan terus berjalan didalam suasana kegelapan malam menyusuri jalan raya,sedar tak sedar tatkala waktu subuh dalam suasana cerah serah tanah,alahamdulillah kami selamat sampai kelokasi iaitu dikawasan tepi pantai,tetapi setelah diperiksa kekuatan (jumlah) anggota didapai ada tedapat salah seorang dari kami yang hulang tercicir, apa lagi bising dan riuh rendahlah jurulatih dan lalu berpatah balik mencari,mujurlah terjumpa dalam keadaan tertidur ditepi jalan,alahai macam macam kesah ada.....dising hari itu kami diberi rehat senentara tetapi yang sedihnya tapak kaki kami habis pecah pecah dan pedih pedih.Disebalah malamnya pula ada aktiviti yang diatur,pertujukan fesyen dan body cantik diperagakan.Ada yang melumurkan diri dengan minyak masak naik licin berkilat.seluruh tubuh.Apabila dicerahkan olih unggun apai bertambah lagilah kelihatannya,ada yang tunjuk bakat menyanyi manakala saya sendiri ambil bahagian buat "body builder" macam malik nor tu.sambil buat buat kelakar mengaru garu tulang rusuk yang tersonggel keluar maklumlah badab saya bukanlah gemuk sangat,apa lagi dengan gaya saya itu telah tunjukkan itu telah menarik penonton (kawan kawan) dan masing masing ketawa terbahak bahak....kah...kah...kah....pada mulanya saya ambil bahagian sekadar sahaja suka suka,tetapi aksi "badut" saya itu telah membawa tuah dan saya telah diumum sebagai pemenang tempat pertama,tak disangka sangka,dapat juga sedikit hadiah berupa biskut dan kacang.
Bersambung lagii...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan