Salam hormat !
Pada siri yang pertama saya telah memaparkan beberapa keping gambar kenangan yang sempat dirakam sempena hari perjumpaan ahli dan keluarga Persatuan Vateran Rejimen Semboyan DiRaja diKem Perdana Sungai Besi pada 17hb March yang lalu,posting kali ini saya ingin menyambung sedikit lagi sambil sekaligus mengimbas kembali kenangan lampau..
Lokasi aktiviti diadakan diIKED (Intitut Kemunikasi Eletronik Darat),disinilah sejarah ku dalam tentera bermula,deretan khemah yang dipasang dipadang sebenarnya adalah padang kawad yang memberi kesan ingatan seribu satu ingatan nostalgia lama.Padang kawad ini amat digeruni kerana terdapat undang undang pantang larang yang tidak bolih dilalui,melintas,meludah atau memasuki kawasan padang kawad ini sesuka hati,kata jurulatihku padang kawad inilah "tikar sembahyang" kamu,sebenarnya jurulatih sengaja berkata begitu sebagai simbolik agar semua anggota yang sedang menjalani latihan menghormati tempat padang latihan.
Berbunyi sahaja wisel atau pun laugan dari jurulatih seperti ini "rekruttt.....(dengan nada panjang dan garau) lalu akan disahutlah beramai ramai olih pelatih dengan menyebut "Staffff.".(bergema dan bergempa satu dunia tanpa pembesar suara.) itulah hebatnya kerjasama dikalangan rekrut,kami diasuh jika salah seorang dalam satu platun itu membuat silap atau kesalahan akibatnya satu platun 30 orang kesemuanya akan didenda,sebab apa ? alasannya kerana tidak ada kerjasama diantara kami.Sikap tolong menolong dan saling bantu membantu amat diterapkan dalam latihan, mesti ada sistem kerja secara berpasukan,tahap semangat setia kawan amat diutamakan,itulah didikan yang kami terima dan wajib dipatuhi, bukan senang dan bukan mudah hendak dilentur buluh yang sudah remaja. bagi mendisiplinkan setiap anggota rekrut yang datang dari pelbagai ragam dan latar belakang pendidikan memerlukan kecekalan yang jitu.Mungkin kerana itulah agaknya terdapat setengah dari jurulatih mengunakan kaedah yang agak keras secara 'body contac",sebab itulah ada diantara jurulatih digelar dengan panggilan "Majitaro" ,kerana beliau ini sering menampar muka rekrut mengunakan selipar jepun...kah...kah...kah...dan ada juga jurulatih yang suka mendenda dengan membuat latihan kawad "extra" atau dengan membuat larian jasmani tambahan dalam suasana cuaca panas tengah hari selepas waktu makan Sarapan tengah hari itu sudah tidak bermakna lagi,ada yang termuntah muntah balik Waduh....azab sengsara kau akan rasa (askar).itulah kata kata yang dapat digambarkan.
Dalam tempoh.bulan pertama latihan sememangnya terasa teramat seksa ,hendak mencangkung ketika buang air besar pun terasa sakit sakit badan dan paha serta lutut apabila hendak duduk.Tetapi selepas daripada tempoh itu sudah dapat membiasakan diri,dan bagi saya sendiri sering kali kehadapan apabila berlari didalam semasa latihan larian jasmani.... kah...kah...kah....Ketua jurulatih jasmani Encik Jalil yang berbadan sasar serta otot otonya yang timbul sering menjadi bualan dan dikagumi.Jika dipanggil olih jurulatih maka akan bersegeralah secara sepantas kilat,sebab itu ada yang tidak sempat mengunakan tangga,bagi mengelakkan sesak berpusu pusu ditangga ada yang terjun tanpa takut takut,hebatnya tenaga orang muda (rekrut) pada waktu itu,tidak ada pun yang tercedera, pelikkkan.....
bersambung lagi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan