salam hormat!
Dalam siri 2 telah saya bercerita sedikit sebanyak kesah saya serta rakan rakan dalam suasana mencabar ketika dalam tempoh latihan rekrut,jika hendak dipaparkan kesemuanya sudah tentu tiga hari tiga malam pun belum tentu habis cerita jika hendak ditulis.Jadi adalah lebih baik saya pilih pilih dari mana mana sudut yang patut sahaja.Jika hendak dikira dalam tempoh enam bulan latihan bukanlah lama sangat masanya tetapi apabila hari hari 24jam sehari tidak bolih duduk diam kerana di"pressure" sepanjang masa jadi perasaannya jiwaku amat begitu lama sekali terasa,malah terdapat dari sesetengah kawan kawan yang minta hendak balik kampung kerana tidak tertahan menanggung seksa,tetapi "minta balik" adalah satu perkataan yag amat pantang didengar olih jurulatih,Jika benar benar tidak mahu meneruskan lagi latihan,sebelum balik pasti separa rekrut ini akan didenda berlipat kali ganda lagi,nampak seolah olah seperti didera kerana diperlakukan sehingga lembik separuh nyawa,mungkin jurulatih mempunyai alasan tersendiri kenapa dibuat sedemikian rupa,apa yang saya diberitahu perlakuan denda tersebut adalah sebagai satu hukuman agar menjadi pengajaran kepada pelatih pelatih lain supaya tidak mudah mengalah dan jangan lembik semangatnya, mesti berjiwa kental sehingga kehari akhir latihan.
Disemasa latihan rekrut inilah kami baru mengtahui istilah ayat ayat latihan seperti "Darling Carry" iaitu membawa rakan berlari lari mengikut jarak yang ditentukan olih jurulatih,"skot jump"iaitu melompat setinggi yang bolih dengan kedua tangan melurus keatas sambil menepuk kemudian jatuhkan diri sehingga dalam kedudukan mencanggkung,lakukan perbuatan seperti ini berpuluh puluh kali,tatkala inilah kepala lutut terasa mengigil dan lemah longlai seolah olah seperti hendak tercabut sendi."Star ligh" iaitu meletakkan tangan kedahi kawan kemudian tarik jari hantu dan lepaskan seperti sprin... Meletukk....bunyinya sehinggakan mata nampak naik bintang biji kamar,"faut rool" iaitu berbaring kemudian berguling gulingkan badan dari bucu padang sehingga kehujung padang,apabila disuruh bangun kembali pasti akan terasa terhuyung hayang pening macam orang mabuk todi....kah...kah...kah....sebab itulah kalau perut tengah kenyang berisi maka akan ada yang termuntah hijau terkeluar sebiji biji makanan yang dimakan tadi.Ah...banyak lagilah istilah istilahnya yang tidak dapat disebut kesemuanya.Sebab itulah saya katakan latihan ini amat mencbar dan memerlukan ketahana diri dari segi mental dan fizikal.Namun demikian apa yang tahu tahu latihan dewasa ini tidak seteruk dan sehebat dahulu,malah tempoh latihan pun telah dipendekkan dari 6 bulan ke 3 bulan sahaja,tak tahulah pula saya apakah alasanya kenapa tempoh latihan rekrut kini dipendekkan.
Soal elaun latihan pada masa saya dulu itu tidaklah sebanyak seperti sekarang ini,duit elaun sekadar cukup untuk membeli makanan tambahan,maklumlah jika hendak diharapkan nasi berlauk kawah .tidaklah sesedap mana.Ada ketikanya dagingnya liat macam segerap getah,ikan gorengnya pula tidak terasa dilihat,tawar hamba macam tidak cukup garam dan tidak ada dibubuh serbuk perasa kunyit pun.Sebab itulah jika ada penjaja yang masuk menjual sambal atau lauk paut maka kami akan membelinya sebagai penambah selera.
bersambung lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan