Kali ini saya hendak belayar jauh sedikit,iaitu disebuah kampung kelahiranku dulu iaitu Kampung Kemuning, walaupun hubungan saya dengan harta benda pusaka nenek moyang saya disini terdapat sedikit diselebungi misteri namun peninggalan kesah lama tidak mudah dilupakan begitu sahaja apatah lagi hubungan saudara mara darah anak beranak masih bertapak dan amat ramai lagi ada disini,bagi generasi yang yang sebaya umur dengan ayah saya sudah pun ramai tiada meninggalkan dunia fana ini akan tetapi seorang.dua lagi terutama bapa sauadara masih ada lagi,begitulah dengan anak anaknya iaitu sepupu sepapan saya masih ada dan sehat sehat belaka adanya.Kelmarin saya secara tidak langsung telah pun mengunjungi dan menziarahi mereka.Pada mulanaya saya hanya sekadar ingin meronda ronda untuk mengambil angin petang dari rumah mertua diPasir Putih terus keKampung Kemuning ini.
Setibanya dikampung ini lalu terpandang olih saya sebuah kedai yang kelihatannya seperti masih baru lagi dibina kerana beberapa bulan lalu saya juga telah melalui melintasi disini tetapi masih pun tiada,fikir saya ini sudah tentu sebuah warung kopi yang baru dibuka,.tergerak dihati untuk singgah,Semasa melangkah masuk sebelum mengambil tempat duduk lagi tiba tiba saya disapa,ehh....ada orang kenal dengan aku, rupanya Abe Pa sepupu aku yang menyapa."Weeeela mu ko ni Hadi,doh mu maghi dimano lagi?"Bercakap beroyat lah sayo mengatakan saya ni saja saja jah datang meronda ronda kerana kepuasan (jemu) dok.PP,selepas order segelas air dan belum pun sempat berborak panjang hanya sempat bertanya kedai sapo ni? diroyatlah kedai ini milik Faisal iaitu adik ipar kepada CheGu Ismail Mamai bekas Adun BN tu,baru dibuka 3 bulan lepas, oooo....begitu ,Faisal ini sekali adik umurnya dengan saya tetapi masih sempat berkawan dengannya dimasa muda remaja dulu dulu.malah dia ini pun bukan orang lain masih ada hubungan waris waroh jugok Sementara itu saya diajak mengunjungi rumah supupu tadi dimana tinggal bersamanya satu satunya sahaja lagi bapa saudaraku seibu sebapa yang ada disini.
Sembang punya sembang tibalah waktu magrib,saya minta diri dan ambil kesempatan pergi solat magrib disurau berdekatan,surau ini juga meninggalkan seribu satu kenangan,selain arwah Pok Teh Kob sebagai pengasasnya surau ini dia yang juga merupakan bapa saudaraku,.surau ini juga menjadi tempat kami mentelaah pelajaran sekolah dengan kawan kawan dan kadang kadang sampai tertidur secara beramai ramai sehingga kesubuh hari,.Sebagai penganti imam surau ini sekarang ialah Pok Cik Razak,beliau ini menrupakan salah seorang dari bapa saudaraku tetapi sebapa,ibu lain.Tetapi dari pemerhatian saya disni terdapat sedikit kelainan,Ada dikalangan penduduknya memilih milih surau untuk bersolat.Ada yang lebih suka kesurau disebelah hulu kampung yang dihadapannya terpacak bendera Parti Pas dan ada yang suka bersolat disurau hilir kampung iaitu surau pok teh Kob ini.Kira kira dihadapan 50meter dari surau hilir ini terpacaknya berpuluh puluhnya tiang bendera BN.Jadi bagi mereka yang tahu tentang politik demokrasi maka sudah tentu akan mudah membaca dan mentafsirkan sendiri fenomina ini.Atau adakah dengan ujudnya dua surau ini bererti penduduk kg.Kemuning kini sudah pu berpecah dua?.
apakah cerita seterusnya..tunggu akan sambungannya.....jeng...jeng....jeng....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan