salam hormat!
Saya kira cukuplah dulu coretan kenangan rengkas yang saya alami untuk ditulis pada siri akhir ini,kata orang "tak kenal maka tak cinta",begitulah mendalamnya perasan yang menyentuh ingatan saya disepanjang latihan rekrut yang saya alami disepanjang detik masa 6 bulan dilalui itu disini (IKED).Setiap kata kata dari jurulatih amat memberi kesan,ada dikalangan jurulatih yang sengaja diberi peranan sebagai peniup semangat untuk terus berkhidmat tanpa "fedup" (jemu) setiap hari ada ada sahaja kata kata motivasi dengan penuh diplomasi yang dilontarkan dan tidak kurang juga ada jurulatih yang bersikap garang macam singa lapar,mengaum sepanjang masa,berlagak macam raja dgn pelatih,sengaja mengada gadakan arahan yang pelik pelik,ada ke patut pokok pokok bunga hiasan dihadapan blok latihan itu mahu disanggkutkan buah buahan anggur dan juga epal ,nak jamu pada siapa? pada hantu ke? kah.. kah ..kah....mahu tak mahu berpakatlah kami semua memesan kepada penjaja kuih muih dan lauk paut itu supaya membeli buah yang diminta itu kemudian disanggkutkan berjuntai juntai didahan pokok bunga,inilah dia dikatakan perangai askar,kadang kala buat kerja pelik dan gila gila,pokok bunga mahu dilihat berbuah epal... eh....eh...eh...peliknya.... kan...kan....kan.....tetapi yang anehnya bila disangkut buah itu disebelah malam tiba tiba bila dilihat disebelah paginya buah tersebut sudah pun tiada,makan dihantu lah gitu....kah kah...kah.....Jurulatih memang sengaja berbuat begitu untuk menguji sejauh mana kami dapat bertahan dan bolih berkerja sama,agaknyalah....Jadi buat apa kami perlu persalahkan pada kerenah jutulatih itu,lebih baik kami bersangka baik sahaja,tak gitu? lagi pun semua perkara sudah pun berlalu dan yang tinggal lagi hanya kenangan sahaja yang ada.
Tetapi yang paling tidak suka saya dengar apabila ada dikalangan jurulatih yang suka membandingkan dengan mengatakan "kalau kamu kerja menjual air batu cendol pun lebih baik,sebab lebih banyak dapat "masyuk"berbanding dengan gaji seorang askar" Mungkinlah betul katanya itu tetapi jika tiada askar siapalah pula yang akan menjaga keselamatan tanah air ini termasuk penjual air batu cendol itu?.Tak mungkin tempat atau sesuatu kawasan itu bolih menjadi aman tanpa pemantauan dan pengawasan dari pasukan keselamatan.betul tidak?
Pada saya,kerjaya tentera bukanlah tempat yang sesuai untuk mencari kemewahan dan kesenangan sebaliknya kerjaya tentera hanya sekadar dapat memberi sedikit rezeki tambahan disamping dapat juga menimba ilmu yang mampu dijadikan pengajaran agar bersemangat cekal dan tabah khususnya dalam menanam pengalaman memimpin dalam satu satu organisasi.Jika terpaksa berperang sekurang kurangnya kita sudah pun bolih bersedia dengan ilmu yang dipelajari itu.Untuk makluman,hampir kesemua kursus kursus sampingan dan juga pertukangan yang dihadiri, sayalah yang menjadi "best student" (tempat pertama) Itulah bukti kesungguhan dan kemampuan yang bolih saya tunjukkan, alhamdulillah....
tok ayah su-Duhai tentera...jasamu tetapku kenang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan