Salam hormat!
Seperti yang dipapar pada siri yang lepas saya mengemukakan soalan berupa tanda tanya adakah benar penduduk kg. kemuning telah berpecah dua? jika benar sejauh manakah perpecahan itu berlaku? sebenarnya saya membuat penilaian ini berdasarkan dari apa yang saya lihat dan dengar.Setelah selesai solat yang turut sama dihadiri Faisal saya sekali lagi dipelawa olih Faisal mengunjungi kekedainya semula.Saya dijamu makan malam dan sambil sambil makan kami berbual bual kesah kawan kawan lama dan bercerita tentang pengalaman perniagaannya.Saya melihat ada kesungguhan darinya untuk memastikan perniagaan beliau menjadi lebih maju, katanya dengan pengalaman yang hanya baru 3 bulan berniaga jadi tidak banyak lagilah hasil keuntungan yang bolih diraih.Olih kerana saya juga ada sedikit pengalaman berniaga kedai makan maka dapatlah saya berkongsi pengalaman terutama dari sudut cabaran cabaran yang ada dalam perniagaan kedai makan ini.
Tengah duduk leka bersembang sembang datang pula pelangan lain yang turut sama menjadi korum semeja perbualan kami.Sambil sambil menjeling Tv yang menyiarkan siaran perlawanan bola sepak antara Pasukan Terenganu dengan pasukan Kelab dari Singapura.perbualan kami berkisar kepada pelbagai perkara termasuk gejala dadah,masaallah dadah ini masih lagi mengancam kepada kehidupan sosial anak anak muda.,malah baru baru ini terdapat sepasang suami isteri yang telah meninggal terkena jangkitan HIV AIDS berpunca dari anggkara najis dadah.Kes kecurian juga kerap terjadi,menurut Abe Pa baru baru ini keretanya sendiri telah hilang dicuri,beliau hanya tinggalkan kereta sekejap sahaja kira kira sepuluh minit,diletakkan dihadapan hospital.Masa bila keluar didapati keretanya dah pun hilang.Alahai....
Dari segi pandangan politik juga tidak ketinggalan diperbualkan.Isu royalti minyak yang dikatakan telah dinafikan olih kerajaan pusat dan penglibatan KU LI yang menyokong kerajaan negeri dalam bab ini turut disokong olih mereka.demi untuk rakyat Kelantan keseluruhannya,begitulah kata mereka.Dalam isu bekalan air bersih yang dikatakan bermasaalah sebenarnya tidaklah menyeluruh hanya berlaku disesetengah kawasan sahaja..Penduduk kampung disini begitu mewah mengunakan air sehinggakan dapat menyiram pokok pokok bunga,begitu juga disurau tadi pun air paipnya tetap laju mengalir.
Macam tidak percaya pula apabila saya dimaklumkan bahawa perebutan ahli politik untuk menjadi calon pilihan raya tidaklah menjadi rebutan sangat,malah ada yang mengelak dan ingin menarik diri tidak mahu dicalonkan,sebab apa agaknya eekk ? Katanya beban mejadi wakil rakyat terutama calon Pas terpaksa banyak berkorban sama ada dari segi tenaga mahu pun harta benda.Politik Pas tidak banyak bergantung pada projek projek yang menjadi sumber utama sebagaiman tok wakil UmnoBn, jadi mungkin kerana itulah agaknya ada tokoh politik Pas yang cuba menolak atau mahu menarik diri dari dicalonkan.Betul ke begitu eekkk?? Tapi jika dari apa yang saya lihat diBandar Pasir Putih pula keadaannya pula berlainan,Pasir Putih kini semakin banyak berubah, pembangunan semakin pesat, telah dan sedang dibangunkan dengan premis premis perniagaan,jadi projek siapakah ini?
Terima kasih kepada Faisal kerana menjamu makan dengan percuma walaupun saya telah cuba menghulurkan wang bayaran makan tetapi ditolak olih beliau, lain kali jika dizinkan kita pasti akan berjumpa lagi,semoga perniagaan anda akan bertambah maju...
tok ayah su-melepas rindu terhadap kampung halaman dizaman kanak kanak....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan