Salam hormat!
Pertamanya ucapan penuh kesyukuran kerana dengan limpah kurniamu jua segala perancanganku untuk mengadakan majlis pernikahan anak telah pun berjalan dengan lancar,"Ya Allah engkau berkatilah dan bahagiakan hidup pasangan pengantin ini sehingga keakhir hayat mereka",begitulah harapan dan doaku pada hari majlis tersebut yang telah diadakan pada 10hhMarch kelmarin dulu.Setelah selama 5 bulan ikatan pertunangan berlalu maka kelmarin jadilah sebagai hari perkahwinan sebenar.Alhamdulillah.
Walaupun acara tidaklah sehebat selebriti ataupun tokoh tokoh terkenal namun kepuasan hati secara sekadar seadanya itulah yang lebih penting,terlebih lebih perkara "wajib" iaitu akad nikah dapat dilapazkan dengan sempurna dihadapan imam selaku juru nikah. Disini ada pilihan iaitu bapa atau wali dibenarkan melafazkan ucapan ikrar nikah contohnya "wahai silelaki bin ....aku nikahkan dikau dengan siPerempuan binti ..... dengan maskahwinnya sekianbanyak tunai". Tetapi yang masih teragak agak dan tidak biasa macam saya adalah terlebih baik diwakilkan sahaja kepada imam yang telah diberikan tauliah Walaupun bapa/wali itu lebih afdhal namun perlu juga dilihat akan maslahah yang lain.Demi mengelakan kelancaran majlis terganggu mishalnya tergagap gagap kerana tidak ada latihan (demo) sebelum itu.
Disini juga terdapat perbezaan diantara maskahwin dengan hantaran, apakah bezanya itu? untuk mengelakkan berlakunya keributan "main elat" adalah dinasihatkan para wali bertanya dengan jelas dihadapan imam nikah dan diisi secara bertulis didalam borang yang disediakan akan jumlah maskahwin mahupun jumlah hantaran yang telah dipersetujui sebelum itu.Maskahwin adalah hak mutlak sibakal isterinya dan tidak semestinya dalam bentuk wang tunai manakala hantaran pula dibolih gunakan untuk urusan majlis perkahwinan (jika perlu).Hantaran biasanya dalam bentuk wang tunai selain barangan lain yang biasa kita dengar seperti "hantaran serba satu".Kebiasaannya maskahwin tidaklah banyak jumlahnya iaitu dalam lingkungan bernilai ratusan ringgit sahaja (jika wang tunai) tetapi sebaliknya hantaran pula bolih mencecah ribuan ringgit malah ada yang puluhan sehinggakan bolih mencecah ratusan ribu ringgit.pun ada,cumanya terpulanglah kepada kemampuan dan status masing masing.
Ada juga yang memberi pendapat pada saya dengan mengatakan orang sekarang buat kenduri kahwin tidak ada lagi pengelan,apatah lagi jika tuan rumah itu seorang yang berada (senang/kaya) apa itu pengelan?, pengelan ialah duit sagu hati yang diberikan kepada tuan rumah sekadar seiklas tanpa ditetapkan berapa jumlahnya.Apakah tujuannya ? tujuannya adalah sebagai meraikan semangat muafakat dengan saling bantu membantu bagi merengankan beban sipenganjur majlis.Almaklumlah hendak menganjurkan majlis kenduri khawin bukanlah sikit sikit belanja yang perlu dikeluarkan, walaupun kenduri kendara bukan satu perkara wajib sah nikah akan tetapi menghebohka perkhawinan diharuskan bagi mengelakkan fitnah dikalangan masyarakat,salah satu cara hebahan ialah melalui ajakan datang bertandang kerumah pengantin dengan adat orang bertandang hendaklah dijamu dengan sedikit hidangan.Jika orang yang kita jemput itu tidak berduit bagaimana pula?Inilah yang menjadi khilaf pendapat,tetapi sebenarnya tuan rumah tidak akan menghalau atau mengatakan apa apa jika sitetamu yang datang itu tidak menghulurkan apa apa pun. Jadi kenapa perlu dikhilafkan lagi ? saya tinggalkan untuk pembaca menilaikan sendiri.....
Buat begitu salah buat begini pun salah jadi buat cara mana yang sebetulnya?Pada pendapat saya segalanya terpulang pada niat diri masing masing,ada yang buat kenduri tidak perlu "pengelan" tetapi ditadah pula tabung derma dimeja makan, ada yang tertulis pada tabung tersebut untuk keperluan surau ataupun masjid.tetapi persoalannya adakah wang derma tersebut tidak diusik langsung, seratus peratus diserahkan kepada Masjid ataupun hanya setengah sahaja isinya disalurkan dan sebahagian lagi diambil sebagai menampung majlis kenduri tadi? wallahuaklam.
Disini tidaklah pula saya mahu mengungkit apa apa sebab takut nanti kerja buat akan menjadi sia sia kerana "sebaik baik pemberian itu biarlah tangan kiri tidak mengtahui apabila tangan kanan menghulurkan apa apa pada orang"begitulah hebatnya nasihat agama pada kita.

Tok ayah su-Terima kasih kepada semua tetamu dan juga sesiapa juga yang terlibat dalam kerjabuat walimatulurus anak saya.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan