Sudah beberapa siri saya mencoret tajuk diatas dengan mengheret keluar intipati sebenar apa yang hendak saya terangkan berkaitan topik.Untuk siri akhir ini tidaklah bermakna debat saya dengan seorang rakan sebelum ini sudah berakhir.
Kami telah berhubung melalui telifon dan bercakap hampir 1 jam lebih,jadi sudah tentulah dalam tempoh masa itu banyak perkara yang telah disentuh.Namun begitu tidaklah mahu saya memaparkan kesemuanya kerana ada yang telah terlupa maklumlah percakapan tersebut bukanlah dirakam atau pun dicatat.Olih itu apa yang masih teringat dan terlintas didalam kepala sahaja yang akan saya siarkan.
Kawan saya ini walau pun seorang peniaga tetapi dalam soal susana politik beliau tetap peka dengan keadaan semasa yang sedang dan yang telah berlaku.Jesteru itulah beliau melahirkan rasa sentivitinya apabila berlaku pada suatu ketika orang bukan islam telah memasuki dihadapan saf jamaah masjid untuk menyampaikan ucapan dengan alasan untuk menyumbangkan sesuatu pemberian.Pada pandangan beliau perkara sebegini tidak seharusnya berlaku tetapi malangnya telah dihalalkan akan perbuatan orang perempuan kafir itu.Aduh.....yang ini susah sikit saya nak jawab tetapi kalau zaman nabi nabi dulu memang ada nabi yang masuk kerumah berhala orang kafir,tetapi masuknya nabi ini adalah sekadar hendak menguji, pada suatu ketika disegaja pecahkan berhala kemudian diletakkan kapak yang digunakan itu ditangan berhala lain,apabila ditanya katanya "tanyalah pada berhala yang pegang kapak itu jika benar berhala yang kamu sembah itu berkuasa.Jika tidak ada respon kenapa kamu masih percaya kepada berhala buatan kamu itu? cuba teka siapakan nama nabi ini? Jadi saya juga pun pernah melawat rumah berhala ini tetapi bukanlah bermakna saya bersekongkol dengan mensyirikkan Allah S.W.T.Niat saya sekadar untuk melihat lihat sendiri dan mahu tahu apakah sangat hebatnya berhala ini,tetapi AWAS bagi mereka yang tidak faham dan tidak kuat iman jangan sekali kali cuba hendak menguji kerana takut nanti terkena "badi".
Adapun orang kafir masuk masjid yang biasa kita lihat apabila berlakunya majlis upacara pengislaman,orang kafir yang mahu masuk islam pernah diada didalam masjid, jadi ertinya dengan tujuan yang baik sudah tentu dibolihkan selain daripada itu mungkin ada syarat dan adat adab yang patut dipatuhi.
Tidak berakhir disitu kawan saya itu masih juga tidak berpuas hati kononnya sumpah laknat tidak pula mahu dilakukan olih DSAI berkait dengan kes liwat.Permasallah ini telah banyak diperbincagkan olih para ilmuan agama dan diantara banyak banyak pendapat itu tidak ada yang bersetuju malah terdapat ayat Al-Qur"an yang melarang melakukan sumpah laknat seperti itu.Jadi jika hari ini ada yang memberi pendapat tidak ada Hukum hudud dalam alqur"an maka adalah diingatkan supaya orang itu kenalah melihat sama kaedah Feqah,perbezaanya sama seperti akta dengan warta,ertinya Akta itu AlQur"an dan Warta itu adalah Feqah iaitu tatacara kerja yang digezetkan olih Alim ulama" yang terdahulu.Bagi pengamal undang undang sudah pasti mudah memahaminya.
Apa pun saya juga hendak mengucapkan syabas dan tahniah kepada kawan saya ini kerana menurutnya anak anak beliau telah pun berjaya kepusat pengajian tinggi tetapi yang agak saya ralat sikit apabila katanya jika kerajaan tidak membantu menyediakan pinjaman PTPTN sudah tentu beliau tidak mampu menghantar anak anaknya itu keUniversiti.Tetapi saya kata "jika tidak ada tiris sini tiris sana korup sini korup sana mungkin tidak mustahil saya rasa kerajaan bolih meyediakan biasisiwa tanpa perlu ada apa apa bayaran.
BerPatah balik ketopik asal jangan menonggeng itu saya hanya sekadar hendak mengaitkan amalan adab resam orang melayu yang amat beradab,jika terdapat majlis makan makan maka diingatkan kepada paramusaji (tukang hidang) supaya ketika hendak meletakkan makanan hidangan dihadapan orang ramai yang makan secara bersila hendaklah duduk secara melutut dan tidak bolih dalam kedudukan menonggeng,cumanya pada hari ini hidangan kebanyakkannya diatas meja sebab itu ada yang telah terlupa adab adab tertib amalan orang melayu dahulu.
Tok ayah su-Bakal mengadakan kenduri kesyukuran sempena perkahwinan anak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan