arkib

Jumaat, 20 Julai 2012

Ada ada saja ....

 salam hormat!
 Saya ada sesuatu yang hendak ditulis dan diulas,ada pun keratan akbar disebelah tiada kaitan dengannya cuma ia sekadar berita hiasan semata mata, namun kata orang apabila sudah masuk bulan ramadhan ini kita kenalah juga hormati bulan yang dimuliakan ini.agar tidak membicarakan perkara perkara yang melarakan serta bolih membawa fitnah,akan tetapi jika tidak diluahkan kelak akan bersarang diminda dan dibimbangi akan menjadi barah masyarakat pulak.
Olih yang demikian bagi mencari kebenaran dan ketelusan dalam pada saya melapurkan sesuatu perkara maka saya rasa adalah terlebih baik saya meneruskan sahaja artikel ini,akan tetapi bukan sekarang, tunggulah dulu kerana saya akan menyambungkannya kemudian....
Tungguuuu duluuu....

Sambungan: 

Bermula diawal ramadhan minggu pertama lagi telah tercoretnya tulisan ini dan kini sambungan bermula, ini  maknanya tidak lagi ada yang tertunggu tunggu dan tertanya tanya apakah sebenarnya yang hendak saya sampaikan. Sehingga kehari ini telah masuk kehari 19 ramadhan artikel ini telah tergantung tidak bersambung sambung,sebagai menghormati dan menghargai sokongan pembaca yang sering memziarahi blog ini jadi dengan rendah hati serta mengagahkan diri meski pun badan penuh kepenatan kerana setiap hari terpaksa menolong isteri berniaga dibazar ramadhan namun biarlah diriku berkorban sedikit masa rehat sebagai memenuhi kehendak pembaca yang tidak jemu jemu datang menjengok mudah mudahan dengan ini ianya tidak lagi menjadi teka teki.

Opp....penting sangatkah mesej yang akan saya sampaikan nanti,pada pendapat saya jika nak dikatakan  tidak penting tidak boleh, nak dikatakan penting pun tidak boleh sebabnya jika tidak dihebahkan kelak dibimbangi seperti menyapu sampah dibawah karpet,semuanya nampak bersih akan tetapi hakikatnya retorik semata mata,kekotoran tetap ada tersembunyi.Namun apabila dihebahkan kelak pasti akan ada pula yang terguris hati.Apa pun sejarah tidak bolih diubah sewenang wenangnya.Jesteru itu apa yang akan saya tulis ada kaitannya dengan sejarah  lalu.Menurut yang membawa cerita mengatakan beberapa lot rumah akan didirikan ditapak yang bersempadan dengan tanah perkuburan islam penduduk kampung Tok Randok. Projek perumahan ini akan diuruskan dibawah kepentingan seorang Ustaz yang juga memegang beberapa jawatan didalam parti politik.Walau bagaimananpun seperti dikatakan sejarah asal tanah ini berstatus layout untuk rezab kubur,betulkah begitu? saya tidak pasti tetapi tidak juga main serkap jarang,jika difikirkan  apabila dilihat kedudukkan yang begitu hampir dan bersempanan dengan tanah kubur sekarang ada logiknya tanah tersebut bolih dijadi rezab tanah perkuburan,setidak tidaknya bolih disimpan untuk jangka masa panjang bagi kegunaan generasi 50 ke 100 tahun akan datang,ini memandangkan tanah perkuburan sekarang yang hanya seluas 2 ekar pasti akan penuh dengan penghuni untuk tempoh jangka masa tersebut,jika sudah sampai masa itu tanah kuburan ini sudah penuh maka kemanakah lagi hendak disemadikan jasad jasad mereka,adakah diangkasaraya? saya katakan ini bukan untuk generasi sekarang tetapi buat generasi cucu cicit kita nanti,itu saja,jadi sekali sekala biarlah kita berfikiran jauh kehadapan,mudah mudahan generasi akan datang kelak tidak akan mengutuk kepada generasi hari ini kerana tidak ada yang perihatin akan nasib mereka,jadi fikir fikirkan....

Sementara itu kita beralih pula kepada kesah kedua,ini cerita tentang ketulusan,setiap kali ada mesyuarat pasti akan "ada ada saja" egenda untuk memohon sumbangan dana.Pelbagai hasrat dan tujuan dijadikan alasan untuk memungut derma,antaranya penambaikan bagi kecerian masjid termasuk membaiki bumbung yang bocor,sebenarnya tidaklah mahu saya pertikaikan niat baik tujuan tujuan kutipan derma itu,tetapi persoalannya apabila dana telah terkumpul tidak pula mahu dihebahkan malah pemilihan tukang untuk kontrek membaiki tidak juga dibawa kedalam mesyuarat terlebih dahulu,sedangkan dimasa nak mohon sumbangan dulu dimesyuaratkan,jadi dimanakah ketulusannya?begitulah keluhnya salah seorang ahli korum organisasi parti dimana bunyinya seakan akan nampak tidak ada persefahaman dengan ketua organisasinya atau sekadar mahu mengkritik saja,tidaklah saya ketahui.

Beralih kepada perkara ketiga pula ialah seperti yang dikata diawal ayat saya diatas yang mana didapati terdapat wabak yang boleh membawa barah didalam keharmonian masyarakat kampung. Bermula sahaja bulan ramadhan akan ada ada saja penyakit olih mereka mereka yang tidak berpuasa. Persekiran kampung yang dulunya bersih kini bersepah dengan bekas bekas makanan dan sisa sisa yang ditinggalkan.Namun saya dapat mengagak ini bukan kerja olih orang dewasa sebaliknya dilakukan olih anak anak muda.Ketika saya menemankan isteri untuk mencari pucuk pucuk midin dan ulam ulaman dipinggir jalan kecil kampung yang akan agak sunyi dari pandangan orang ramai,disinilah lokasi tempat mereka melepak untuk makan minum disiang hari.Persoalannya dari manakah mereka ini berolih bekalan makanan? Apakah terdapat premis makanan yang menjual makanan mengikut pintu belakang disekitar sini? apa pun saya bersedia menunjukkan tempat yang menjadi lokasi mereka yang tidak puasa ini lepak lepak tersebut,itu pun seandainya ada sesiapa yang mahu mengambil berat tentang dan peduli.
sekianlah sahaja lapuran lapuran rengkas dari saya.....ketemu lagi dilain artikel.

tok ayah su-mahu persekitaran sehat buat anak anak....

Rabu, 18 Julai 2012

Hayati peluang dibulan Ramadhan

Salam hormat!

Sebenar benarnya banyak sekali jalan jalan rezeki dibulan ramadahan ini,selain rezeki pahala ibadat puasa dan solat sunat terawikhnya terdapat juga lain lain  rezeki yang turut diberi olih Allah S.W.T Secara sedar atau tidak peluang kepada mereka yang tidak pernah berniaga untuk memperolihi 9/10 punca rezeki sebelum ini akan didapati berselerak seperti cedawan tumbuh dimusim hujan.Pada bulan ramadhan inilah khemah khemah perniagaan disediakan olih pehak berkuasa tempatan dengan bayaran tertentu diperuntukkan kepada mereka mereka yg ingin atau baru mahu menjinak jinakkan diri untuk belajar berniaga.

Selepas memperolihi rezeki melalui perniagaan tersebut diharap mereka tidak akan lupa pula menunaikan tanggungjawab memberi zakat fitrah,mudah mudahan dgn zakat tersebut akan bolih diagih agihkan pula kepada mereka mereka kurang bernasib baik.Inilah sebabnya bulan ramadhan dikatakan penuh berkah bagi seluruh umat islam buat mereka yang mahu menghayatai peluang yang ada.

Tok ayah su-mahu menolong maksu mencari 9/10 rezeki dibazar ramadahan.....

Ahad, 15 Julai 2012

Doa yang digeruni-PBTM




Salam hormat!

"saya pun bekas tok khodi jugok jadi kalu ado orang berdoa minta dibutakan mato supaya tak nampok hok lain masa nok mangkah melainkan nampok hok dia jah maka doa lagu ni saya tidak bersetujulah,kalau nok berdoa tu mintalah doa hak molek moleklah sikit,sebab perangai manusia ni ado 2 jenis,ada jahat dan jugak hok baik, ado syurga dan ado juga neraka, jadi mintalah doa supaya semua orang jadi baik"  begitulah petikan rengkas kata kata daripada Ybgh Tuan Haji Samsudin bin Sulong dari unit perhubungan dan komunikasi Negeri Terengganu selaku mewakili Menteri Besar diMajlis Persidangan Perwakilan Tahunan kali ke54 Persatuan Bekas Tentera M'sia Bahagian (negeri) Terengganu,selepas ucapan beliau menyampaikan replika cek rm 50.000 dan menyampaikan salam dari MB dan dari PM.

Ini maknanya "kuasa doa" memang digeruni sebab jika dimakbulkan doa tersebut untuk minta jadi jahat akan jadilah ia sebaliknya jika barang diminta baik akan jadilah baik juga.Doa juga bolih memberi kesan mustajab walaupun ada yang tidak menyedari ...Mungkin kerana doa jugalah maka pada majlis persidangan hari ini semua ahli perwakilan telah nampak kertas undi dan berjaya menjalankan tanggungjawab masing masing untuk mengundi bagi memilih pucuk pimpinan Bahagian untuk sessi 2012 sehingga ketarikh pemilihan seterusnya pada masa akan datang.Pemilihan pimpinan kali ini dianggap penting kerana ianya bolih dikaitkan dengan PRU ke 13,sesiapa yang terpilih akan berganding bahu dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri yang akan menag pada pru ke13 nanti.Jika tidak sebulu (sekata) akan jadi sukarlah sedikit,contohnya negeri Kelantan dan lain lain negeri yang dimenengi olih Pakatan Rakyat hari ini.Walau bagaimana pun apa yang difahamkan PBTM kelantan tidak mempunyai sebarang masaallah pun dengan pimpinan kerajaan disana. Jesteru itu jika ditakdirkan PRU ke13 PR memenangi kerajaan negeri Terengganu tidak semesti akan timbul masaallah besar walaupun pemilihan kali ini masih lagi dimenangi olih seorang pimpinan yang menjadi pendokong kuat BN,kemenangan ini saya anggap adalah kerana adanya sentimen semangat kepartian BN dari orang orang lama yang ada dalam persatuan.Sebab apa saya kata begitu?

Bersambung...

saya kata begitu berdasarkan sejarah lampau dipermulaan sehingga kini PBTM ini pada asalnya telah didominasikan olih kalangan ahli ahli yang menjadi penyokong kuat parti umno,cuma sejak akhir akhir ini terdapat serpihana serpihan yang mengelarkan diri mereka dari Team BMW (Bersama Membina Wawasan) dimana idealogi politik mereka lebih pro kepada pembakang ataupun Penyokong PR,inilah sistem demokrasi yang menjadi amalan dalam persatuan,setiap ahli bebas untuk memilih parti politik mana yang disukainya. Walaupun begitu team BMW ini masih lagi minoriti maka sebab itulah suara majoritinya yang lebih pro kepada UBN telah menang dalam pemilihan kali ini.
Olih yang demikian dari analisa saya, datanglah waima apa jua bentuk ribut taupan yang melanda dalam rumah tangga persatuan ianya tidak mudah menjadi kudis gatal yang bolih memudarat kesihatan.Ini jelas terbukti apabila didalam majlis perwakilan dikedua belah pehak yang bertanding telah berbalas balas pantun mempertahankan diri masing masing,pelbagai isu panas telah ditimbulkan khususnya yang berkaitan perkara  dikatakan salah laku olih pehak penyandang jawatan sekarang dilibatkan dengan  penyelewengan  keuwangan hasil perolihan tender kurniaan kawasan balak dari kerajaan negeri dan kes ini difahamkan telah dibawa kePehak SPRM untuk siasatan lanjut,kerana itu didalam majlis persidangan pemilihan ini ada ahli perwakilan bertanya adakah perlembagaan membenarkan mereka yang terlibat dalam proses siasatan bolih dibenarkan bertanding? jawapannya bolih selagi belum disabitkan bersalah olih undang undang ataupun dari mana mana mahkamah.Keributan juga telah timbul apabila ada pehak yang tidak bersetuju kes ini dibawa kepehak berkuasa (SPRM) dengan alasan telah melanggar para sekian sekian dalam perlembagaan persatuan.Saya tidak mahu menyebut secara terperinci kronogi kes sebab dibimbangi bolih mempengaruhi siasatan tersebut.Harapan saya biarlah pehak berkenaan membuat kerja mereka secara telus dan adil.

Pun begitu saya ingin membuat sedikit komen berkaitan dengan perjalanan mesyuarat,diperhatikan mesyuarat tahunan tetap diteruskan cumanya ia dibuat selepas pengundian iaiitu semasa proses pengiraan undi sedang dijalankan.Apa maknanya? maknanya diisini ada sesuatu yang "tidak kena" ,kerana apa saya kata begitu?kerana didalam mesyuarat inilah baru hendak dibentangkan minit mesyurat berserta dengan  pembentangan penyata akaun keawangannya sekali.Apa apa kemuskhilan berkenaan dengan  pembelanjaan dan kemasukan wang keakaun tidak akan dapat mengubah kedudukan undi sebab masa mengundi sudah ditutup dan telah sedang dlam proses mengira , persolannya bagaimana jika ada dikalangan perwakilan mahu mengubah pendirian  mahu menukar apa yang dipangkah tadi setelah beliau mendapat penjelasan dari penyataan keawangan, ertinya bila ahli mesyuarat telah bersetuju dengan mengesahkan penyata keawangan ini bermakna secara "automatik" (dengan izin) segala penyelewengan dan tomahan yang disebut dan diwar warkan itu telah dengan sendiri menjadi bersih, Jika tidak bersih sudah tentu pembentagan keawangan tersebut sudah tentu digantung sementara sebab masih dalam perbahasan.Apakah ini tidak betul dengan apa yang saya kata? jika salah tolong betulkan....

Apa apa sekali pun setiap kali mesyuarat saya tetap suka untuk memberi tumpuan kepada ucapan dari wakil wakil cawangan,jadi disini saya tertarik untuk menurunkan dua ucapan dari wakil Kuala Nerus dan juga wakil dari  cawangan Hulu Terengganu.Pertamanya wakil dari Kuala Nerus meminta pimpinan persatuan Negeri turun padang yakni kecawangan cawangan bagi memberi sedikit penerangan berkenaan dengan perlembagaan persatuan, ini bertujuan untuk mengelak tidak akan berlaku lagi kes kes melapurkan terus hal persatuan kemana mana pehak dan jika dibolihkan apakah dia dan yang tidak dibolihkan apakah pula?jika perlu digubal baru kerana sudah tidak releven lagi dengan maklumat yang mengunakan teknologi mediamasa langit terbuka kini apa salahnya digubal semula,katanya.

Sementara itu wakil dari Hulu Terengganu pula meminta agar kuota yang diperuntukkan kepada NGO (PBTM) bagi menduduki kerusi ahli majlis mesyuarat tempatan dapat dipenuhi sebagaimana Jawatan Senator bagi peringkat negara mahupun diperingkat negeri ini termasuklah juga diperingkat daerah pun biarlah turut sama diadakan wakilnya (ngo).

Selain daripada itu juga saya ingin memetik sedikit ucapan dari Dato" President, katanya beliau akan cuba meminta pehak kerajaan mengiktiraf tred kemahiran yang dihadiri olih bekas bekas tentera didalam kursus kursus semasa didalam perkhidmatan tentera dahulu,saya ingin memberi contoh kursus yang bolih disamakan dengan perkhidmatan awam antaranya kursus pegawai kenderaan bermotor (MTO) kursus Pengawai Penguji kenderaan bermotor dan juga kursus jurulatih memandu kenderaan darat berkelas.Pada pandangan saya kursus kursus ini terdapat juga persamaannya dengan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ).Apakah mereka ini tidak bolih diserapkan terus berkerja diJPJ sekiranya mereka berminat? itu hanya sekadar contoh sahaja.
Akhir sekali diucapkan tahniah kepada semua orang yang telah berjaya menduduki kerusi kepimpinan untuk semua peringkat jawatan dibahagian termasuk yang berjaya terpilih kepercalonan diperingkat negara sekali.... maaf,terlupa nak tanya- bagaimana dengan duit sewa bilik bangunan ditingkat atas wisma pahlawan (negeri terengganu) kerana saya juga pernah terserempak dengan orang yang mahu menyewa bilik tersebut.

Tok ayah su-selamat berjuang kerana perjuangan kita belum selesai....

Jumaat, 13 Julai 2012

xtvt kemasyarakatan...


Salam hormat!
Walaupun pengerusi masjid Tok Randok membuat pengumuman semasa sembahyang Jumaat tadi bahawa petang ini selepas solat asar akan diadakan satu program gotong royong untuk membersihkan tanah perkuburan jadi dijemput ahli khariah masjid dan juga orang orang kampung supaya datang beramai ramai namun kehadirannya kelihatan hanya beberapa kerat sahaja,saya kira tak sampai pun sepuluh orang.Olih demikian nak disalahkan kepada siapa? Apakah kerana tidak ada peruntukkan dari pehak atasan maka kerja yang dibuat ini hanyalah satu inisiatif orang bawahan samata mata, kalau begitu akan jadilah lebih sudu dari kuah.....


Apa pun dalam bab ini saya kira diatas sikap keprihatinan masing masing,jika sengaja tak mahu turut serta tanpa ada apa apa musaqah jadi bolih dianggap tidak ada kesedaran didalam diri sahaja namun begitu pada pendapat peribadi saya bahawa gotong royong seperti ini adalah satu kerja mulia yang tidak ada tolok bandingnya akan tetapi jika dibuat secara tergesa gesa ianya akan menimbulkan masallah juga pada orang lain jika seandainya mereka telah pun membuat jadual sendiri untuk kesatu satu tempat tetapi tiba tiba diajak untuk bergotong royong dikuburan pula maka orang akan menjadi serba salah.Olih sebab itu saya kira adalah lebih baik diumumkan sekurang kurangnya 1 minggu lebih awal dan diberi pengumuman buat kali kedua pada hari sebenar,ini hanya adalah satu cadangan dari saya sahaja.Disamping itu apa kata sekiranya sedikit peruntukkan dari tabung khairat kematian digunakan didalam program seperti ini sekurang kurangnya untuk buat bagi menyediakan air minuman?

tok ayah su-terkenang program jiwa murni masa dalam perkhidmatan tentera dahulu.....

Selasa, 10 Julai 2012

Inilah baru betul imam Mahadi

salam hormat!
Kesah benar ini berlaku kira kira lebih 45 tahun dahulu,tarikh tepatnya aku sudah lupa tetapi yang masih aku ingat ialah kata kata Pok Su Mamat yang ditujukan kepada aku bersama arwah nenek hadir bersembahyang subuh disurau Pok Teh Kob Kemuning ,katanya 'ooo...inilah baru imam Mahadi,kecik kecik sudoh rajin datang sembahyang subuh disurau",arwah nenek aku yang mendengarnya turut tersenyum tanpa berkata apa apa dan aku sendiri ketika itu belum mengerti apa apa,lalu didalam perjalanan pulang dari surau itu aku terus bertanya kepada nenek. "siapakah imam Mahadi itu nek?"dijawab nenek "imam Mahadi ialah seorang utusan Allah pada akhir zaman bagi menyelamatkan manusia dari kezaliman sebelum tibanya dajjal bermata satu,selepas itu turun pula jut makjut, kemudian malaikat peniup sengkakala dan diakhir sekali akan turun nabi isa aLMaseh kemudian barulah khiamat akan berlaku,tempoh masanya tidaklah diketahui,hanya Allah sahaja yang tahu" nenek memberi jawapan bersambung sambung bla.... bla.... bla...., "ooo... begitu" kataku sebagai tanda aku faham akan jawapan dari nenek itu walaupuin ada sebahagian yang disampaikan aku sudah lupa.Kapada pembaca kenapa tak mahu tanya siapa pula Pok Su Mamat dalam watak cerita benarku ini? untuk makluman, beliau adalah ayah kepada Che"Gu Ismail bekas Adun BN Kemuning.Jadi yang memberi gelaran imam Mahadi kepadaku itu adalah beliau (pok su Mamat) bukan sengaja aku mereka reka cerita buat pandai pandai sendiri meletak nama,alhamdulillah berkat kata katanya itu kini aku juga bolih menjadi imam tetapi imam sembahyang bersama dengan anok beranak sendiri sahajalah.....keh...keh...keh....

Selain daripada itu terdapat satu lagi kesah benar yang aku alami.Pada suatu hari aku hadir keMesyuarat Agong PIBG disalah sebuah sekolah tempat anakku belajar.Para ibubapa terlebih dahulu akan mendengar ucapan dari Perasmi,lalu berucaplah perasmi tersebut menceritakan  akan segala kesah jerit pekit kesusahan beliau yang lalu ketika turut sama belajar disekolah ini,katanya "sekolah ini pada ketika itu hanyalah mempunyai satu bangunan teres tidak bertingkat tingkat seperti hari ini,jika tiba musim banjir pula sekolah akan turut ditengelami air...bla... bla... bla...."sehinggalah kesuatu peringkat ucapannya ada menyebut "saya juga seorang Rosol....dot...dot....dot...' Terkojut aku,ingatkan saya tersalah dengar tetapi apabila orang disebelah saya berbisik "betullah dia Rosol tetapi Rosol tak ada wahyu sebab nama sebenar dia ialah Rosol", kehh... keh... .keh.... sempat lagi buat lawak yeah.

akan bersambung lagi dengan kesah benar yang lain....tungguu.....

Terkini:
Saya masih ingat kira kira 45 tahun dahulu juga disinilah (Rujuk rajah: tempat bertanda x) Che Pa laknaktullah telah menebang dan menarik keluar dengan rakusnya beberapa pokok balak yang masih berbaki disekeliling kawasan rumah nenek tanpa sebarang mohon kebenaran sepatah katapu daripada nenek ,orang lain tidak dapat merasai keperitan nenek tetapi aku
yang tinggal bersama nenek  ketika itu walaupun masih kecil tetapi tetap terasa sayunya dan bersimpati akan nasib nenek.
Kepada anak anak Che"Gu Pa yang saya rasa ada yang tidak mengtahui apa apa diharapkan anda bertanyalah kepada ayah kamu itu sementara beliau masih ada kerana baru beberapa bulan yang lalu saya difahamkan ayah kamu masih ada,seandainya jika kamu mahukan harta tapak rumah yang kamu duduki hari ini bersih dari sebarang hukum yang haram kerana aku akan ulangi kenyataan bahawa tanah itu (tapak rumah) nenek aku itu tidak dijual kepada ayah kamu tetapi tanah getah disebelahnya aku tidak mahu pertikaikan,ingatt...itu pun jika kamu masih mengaku sebagai orang islam !

tok ayah su-tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat tertumpahnya kasih....

Ahad, 8 Julai 2012

Wacana 9/10 punca rezeki (contoh ikutan)

salam hormat!
Sebagai meneruskan artikel yang lepas > http://berkatilah.blogspot.com/2012/07/ 
  jadi untuk yang terkini saya perturunkan sepatah dua kata lagi dengan memetik sedikit dari maksud ayat suci alqur"an surah Jumaat:9 yang berbunyi "wahai orang orang yang beriman! apabila diseru azan untuk mengajak kamu menunaikan sembahyang jumaat,maka hendaklah kamu bersegera mengingati tuhan dengan menunaikan solat dan hendaklah kamu tinggalkan urusan berjualbeli kerana dengan itu adalah lebih baik jika kamu mengtahui". Ayat tersebut adalah sebahagian dari contoh contoh bentuk larangan Allah tetapkan untuk golongan yang menjalankan perniagaan sehinggakan ada hari hari mahupun waktu tertentu yang bolih dan diharamkan untuk berniaga.

Kemudian dari itu diterangkan terdapat 3 jenis kelompok manusia yang bolih dan tidak bolih berurusan untuk menjalinkan kerjasama didalam dunia perniagaan:

Golongan pertama: Yakni orang orang yang sudah sedia kita maklum akan latar belakangnya begitu lurus aklak perjalanan hidup mereka.Maknanya moral mereka sudah tersohor baik akan keturunan mahu pun  tingkah lakunya sendiri maka golongan seperti ini dinasihatkan harus berurus niaga tanpa perlu ada banyak soal jawab dan usul periksa.


Golongan kedua: Golongan orang yang tidak dikenali latar belakang dan diketahui adakalanya dia seorang yang suka mencampur aduk secara sembunyi sembunyi dengan sengaja melanggar perkara perkara yang disahkan halal dan haram,hukumnya disunatkan orang yang sebegini perlu diselidik dan memeriksa terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perjanjian jualbeli agar tidak mudah tertipu dengan helahnya.Penelitian secara halusi perlu dibuat dan dianjurkan olih agama serta termasuk dalam golongan peniaga yang warak (alim).

Gologan ketiga: Adapun golongan ini merupakan orang yang dilarang untuk menjalinkan sebarang hubungan urus niaga,antara hujahnya ialah golongan ini sudah jelas diketahui tidak mengambil berat perihal haram halal didalam sirah perjananan hidupnya, sikapnya terkenal tidak jujur dan sering tidak menepati janji,jika terpaksa berurus niaga juga maka adalah disarankan agar senantiasa membuat usul periksa dan pemantauan sepanjang masa.

Sehubungan dengan itu diingatkan juga kepada anda seandainya diketahui seseorang itu banyak memiliki harta secara subhah ataupun haram seperti "CheGu Pa Kemuning" maka hukumnya adalah haram sama sekali anda bermuamalat dengan spesis orang sebegini walaupun diketahui beliau itu sering berurusan dengan Sultan ataupun dengan mana mana pembesar sekali pun.

Selain daripada itu juga kita diingatkan agar berhati hati dalam mencari rezeki 9/10 yang datang dari perniagaan,langkah ini untuk mengelak  diri dari turut tercebur melakukan perkara perkara yang ditegah sebagaimana diterangkan tadi. Para SalifuSolih juga turut sama memberi peringatan dengan memberitahu beberapa ciri jenis orang yang mencari rezeki agar tidak terlepas dari turut sama berolih keberkatan hidup dunia dan diakhirat.Diantaranya:

Pertama: Mereka yang senantiasa sibuk dengan urusan menjalankan kerja kerja beribadat untuk bekalan dihari akhirat semata mata sehinggakan tidak mempunyai banyak masa lagi untuk menguruskan kerja kerja keduniaan maka dikatakan golongan ini akan termasuk dalam kalangan orang orang yang berjaya.

Kedua : Iaitu golongan wasyotiah atau pun bersederhana terhadap tindak tanduknya berkaitan perihal keduniaan mahu pun soal akhirat, maknanya walaupun didalam kesibukan menguruskan kehidupan keduniaan termasuk bermuamalat namun dimasa yang sama juga mereka tidak memisahkan dengan melakukan kerja kerja beribadat bagi buat bekalan diakhirat.Orang jenis ini disebut dalam ketegori golongan mereka yang beriktisad yakni mereka yang berwawasan hidup berekonomi serta pandai membahagikan masa.

Ketiga: Satu golongan yang tidak langsung mengambil berat tentang kehidupan selepas mati iaitu akhirat,apa yang dilakukan seharian hanya semata mata untuk berolih habuan kesenangan hidup didunia. Jadi golongan yang mempunyai gaya hidup sebegini diketegorikan sebagai mereka yang menyibukan untuk menginayakan diri sendiri....Olih yang demikian,cuba perhati dan renung renungkan serta bertanya diri sendiri didalam ketegori manakah kita? 

Tok ayah su- sentiasa berdoa memohon keberkatan rezeki...

Wancana 9/10 punca rezeki (Muamalat)

Salam hormat!
Semakin banyak membaca terasa semakin banyak perkara yang belum kita tahu begitu juga semakin banyak menulis akan jadi semakin banyak yang kita tidak tahu menjadi tahu,sebab apa? ini adalah kerana jika sekiranya setiap apa yang mahu ditulis itu memerlukan rujukan dari bahan bahan buku tertentu terlebih dahulu atau pun jika kita rajin mendengar kuliah kuliah ilmu sedikit sebanyak bolih dijadi bahan alternatif yang bolih diceduk untuk penulisan maka dengan sendirinya pengtahuan kita akan menjadi lebih bertambah.Jesteru itu tulisan saya kali ini terdapat sebahagiannya saya kutip dari apa yang disampaikan olih seorang guru agama iaitu Ust Md Noor,beliau banyak mengupas dan memberi huraian dari kitab "Nasihat agama dan wasiat iman" didalam setiap kuliahnya dimasjid dikampung ini selang dua minggu sekali pada setiap hari Jumaat malam Sabtu.


Pelbagai topik dihuraikan berkait isi kandungan kitab tersebut yang mana diantaranya  perihal soal bermuamalat (berjual beli) Berdagang atau pun berniaga adalah sama ertinya cuma mungkin istilah berdagang itu banyak diguna pakai olih bahasa negara Indonesia,manakala orang melayu Malaysia banyak berbahasa dengan menyebut berniaga ataupun berjual beli,ada pun Muamalat itu dipinjam dari bahasa Arab,Namun jika dalam sesuatu keadaan berdagang membawa maksud menjelajah ataupun merantau kesesuatu tempat orang.Alamak...belajar berbahasalah pulak kita,tak apalah sebab itu hanyalah muqadimah sahaja.

Ini juga memberi erti bahawa penyebaran agama islam ini dipermudahkan dengan mengunakan pelbagai bahasa,setiap kerja buat diberi garis panduan untuk keseluruh pelusuk dunia yang ada umat manusia,jika tidak ada panduan agama sudah tentu kita tidak tahu hendak buat bagaimana bagi menyelesaikan sesuatu perkara, seandainya jika mengharapkan sekadar pemikiran manusia semata mata sudah tentu akalnya manusia itu terbatas untuk memikirkan kesemuanya. Kerana itu para nabi nabi sendiri pun dipandu olih wahyu wahyu dari Allah kemudian disampaikan kepada kaumnya sendiri sebelum disebarkan kepada kaum lain.

Namun demikian setelah ayat ayat Allah itu sampai kepada kita, marilah bertanya diri sendiri berapa keratkah kita mengambil berat dan menghayati dengan sepenuh hati ayat ayat suci tersebut? apatah lagi untuk dipatuhi buat panduan didalam kehidupan seharian. Walaupun begitu tugas para da'ie yakni pendakwah itu tidak bolih sekali kali terus berputus asa dalam menerangkan sesuatu perkara termasuklah perihal berjual beli ini.

Terbukti Kesyumulan agama islam itu sehinggakan hendak berniaga pun ada diterangkan perkara perkara yang bolih dan tidak bolih dilakukan, yang mana halal dan yang mana haram.Didalam siri yang lepas telah saya tuliskan sedikit sebanyak cumanya sebagai tambahan saya mahu paparkan sedikit lagi. bersambung....

Khamis, 5 Julai 2012

Wacana 9/10 punca rezeki ( tugas pedagang)

Salam hormat!
Petang semalam maksu telah hadir menziarahi jenazah seorang anggota polis yang telah meninggal dunia,asal usulnya anggota itu berasal dari kampung ini namun setelah berpuluh tahun dia tidak balik kekampung kerana sudah ketiadaan lagi kedua orang tuanya, yang tinggal hanyalah kakak kepada arwah tersebut, jadi jenazah tersebut dibawa balik kerumah kakaknya untuk disempurna dan dikebumikan.Jiran punya pasal maksu mengagahkah kaki untuk melawat bagi meraikan semangat kejiranan bersama sama dengan orang kampung, walaupun begitu saya tidak dapat  menziarahinya olih kerana tidak mendapat arahan dari maksu, maklumlah saya ni takut kebini sikit....kalau tak disuruh takut nanti kena maroh pulok...keh...keh...keh....demokrasi terpimpinlah katakan.


Sebenarnya saya ni rasa terkilan sikit,sebab apa saya kata begitu? sebelum ini ketika saya sibuk dengan urusan menolong maksu berniaga dikedai didapati dimasa yang sama begitu sibuk pula talipon saya berdering  masuk sms dan sebagainya untuk memaklum jika berlaku sebarang kes kematian,sedangkan diwaktu ini saya kurang sibuk sikit (kerana kedai maksu ditutup sementara disebabkan pembinaan longkang dihadapan kedai) persoalannya kenapa tidak ada pulak talipon menyampaikan sebarang mesej, sekali fikir seolah olah seperti dugaan yang sengaja mahu menganggu kesibukan saya berniaga sahaja.Sifat tidak konsisten pehak pimpinan yang sering memaklumkan sebarang berita kematian itu sebelum ini telah menjadi tanda tanya? sekejap ada sekejap tiada....itulah yang menghairankan,akan bersambung keagenda topik selepas ini...tungguu.....

Sambungan: 
Bila berbicara soal kecaknaan pimpinan ini jadi saya ingin menambah sedikit lagi apabila pernah pada suatu ketika seorang ahli korum mesyuarat telah berbincang hal bagaimana cara untuk memberi penambah baikkan lalu terdapat salah seorang telah sanggup menawarkan diri untuk mengadakan kertas kerja cadangan bagi direalisasikan olih cawangan namun setelah sekian lama kertas kerja tersebut dimajukan malangnya tidak ada apa apa respon dari pehak pimpinan lalu dia meluahkan perasaan didalam mesyuarat selepas itu dengan katanya "saya telah mengalami kejutan budaya kerja,kalau dulu semasa berada didalam satu organisasi lain setiap apa apa sahaja yang dia kemukakan pasti akan dilayan dan diberi perhatian olih pehak atasan,kerana pehak atasan menganggap setiap orang dibawah organisasinya adalah merupakan satu eset ataupun "modal insan" kepada perkhidmatan tetapi apabila saya balik berada disini nampaknya berlainan sekali cara kerjanya,nampak sangat ketidak caknaan pimpinan sehinggakan tidak memberi apa apa respon terhadap kertas kerjanya,putih tak kata,hitam pun tak kata,buruk pun tak kata apatah lagi kata baik sudah tentu jauh sekali....keluh ahli korum mesyuarat tersebut didalam mesyuarat secara berdepan dihadapan ketua organisasi barunya.

Pengalaman saya kedua apabila berada didalam satu mesyuarat cawangan PBTM,kami berbincang untuk mengatasi masalah anak anak muda melayu yang membeli minum minuman keras disalah sebuah kedai 24 jam,salah seorang dari ajk telah mengadakan satu cadangan supaya mengkuat kuasakan peraturan agar pehak pengusaha kedai yang menjual minuman keras itu tidak menjualnya kepada mereka yang mempunyai mykad berstatus islam,dan sebaiknya pehak PBT juga hendaklah tidak membenarkan menjual arak itu dikawasan yang majoriti penduduknya beragama islam, akan tetapi dikedai orang bukan islam pula hendaklah dihadkan berapa jumlah keperluan untuk mereka pada suatu suatu ketika,ini adalah kaedah untuk mencegah agar tidak sampai terjual kepada kepada pehak yang tidak sepatutunya. 

Soal sindiket jualan judi haram tanpa premis dan tanpa lesen juga dibincangkan tetapi malangnya terdapat suara sumbang katanya kita tidak bolih berbuat apa apa, jadi saya pun tak faham akan kata katanya itu ataupun memang hanya satu alasan saja untuk mahu mengelak diri sekaligus kelihatan mahu bersubahat untuk menghalalkan sama judi haram tersebut?entahlah....


Pengalaman saya yang ketiga-Sikap ketidak caknaan pimpinan masyarakat ini bolih memberi masalah kepada orang lain juga, contohnya masalah bermula apabila semasa  saya mahu mendaftarkan kelahiran anak,diwaktu ini pehak pendaftar kelahiran mahu dikepilkan sama kad khawin ataupun surat nikah ibubapa bayi itu.Apa yang terjadi pada saya ialah hanya mempunyai resit resit bayaran serta surat surat salinan nikah sahaja kerana apabila saya merujuk kepada iman khawin itu dulu katanya kad/surat nikah tersebut telah pun diserahkan kepada ketua kampung,apabila dirujuk kepada ketua kampung berkenaan katanya beliau telah pun meletakkan didalam satu bekas disurau kampung itu.Olih kerana saya bukan selalu berada dikampung kerana urusan tugas jadi saya minta sahaja pertolongan keluarga mertua tolong ambilkan,apa yang terjadi? kad dan juga surat nikah itu telah rosak kerana dimainkan olih budak budak nakal,subhanallah masaallah.Nasib baik saya mempunyai salinan jadi pergilah saya kepejabat agama untuk kesekian kalinya bagi melapurkan perihal tersebut,alhamdulillah bolih dapat diperbaharui semula, persoalannya bagaimanakah jika saya tiada mempunyai apa apa salinan sebagai bukti,sudah pasti menyukarkan kehidupan saya,jadi moralnya cerita cerita tadi adalah mengambarkan betapa pentingnya memilih seorang pemimpin yang suka memberi kecaknaan kepada anak anak buahnya... 

bersambung kesiri seterusnya....

Selasa, 3 Julai 2012

Wacana 9/10 punca rezeki (Logo HALAL)

Salam hormat!
Bila bercakap soal halal haram dari sudut agama islam berkait dengan makan minum ni sememangnya telah dijelas olih agama itu sendiri,ini telah disebut dalam surah Al-Baqoroh ayat 173 yang bermaksud "Sesungguhnya diharamkan keatas kamu (memakan) bangkai,darah,daging babi,dan yang disembelih bukan dengan nama tuhan.Barang siapa dalam keadaan terpaksa (darurah) dengan tidak sengaja mahu melanggar hukum maka tiadalah ia berdosa (memakan) sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan lagi maha penyayang".

Menurut kitab "Nasihat agama dan wasiat imam"maksud haram bahagian kedua berperihal pada Zat benda itu sendiri,jika benda itu kepunyaan orang lain maka tetap ianya tidak dihalalkan olih hukum untuk anda mengambil atau memilikinya melainkan dengan jalan yang sah olih syarak contohnya seperti melakukan jual beli nazar (niat) tanpa lafaz dibolihkan, sebaliknya jika sekiranya anda memiliki barang yang tidak jelas jual belinya maka jadilah barang itu haram bagi kamu.Disebut lagi jalan jalan haram banyak sekali tetapi yang halal itu terlalu banyak juga.Untuk mendapatkan yang halal caranya ialah tinggalkan perbuatan yang haram dapatlah yang halal.Jika sudah terlanjur itu tolong kembalikan kepada tuan atau warisnya yang berhak dan bertaubatlah "Wahai Che"Gu Pa Kemuning".Walaupun sejengkal tanah haram itu tetap haram.

Sekarang jelaslah sudah bahawa soal haram halal ini tidak terarah kepada pasal makan minum sahaja.Namun begitu fokur tulisan saya pada kali ini ialah perihal Perlesenan Logo HALAL yang akan diwajibkan bagi setiap premis makanan.Hal ini juga telah disebut didalam kitab tadi,menurut pengarangnya tedapat tugas tugas yang perlu dipatuhi dan dipelajari olih sesorang pedagang muslim antaranya wajib melengkapkan diri dengan ilmu Feqah kerana disana terdapat syarat syarat sah jualbeli menurut hukum dalam agama islam.Dipetik kata kata Saidina Omar Ibn Alkhatab r.a katanya "tidak bolih seorang mukmin/nah itu melakukan penjualan dipasar sebelum terlebih dahulu ia memenuhi syarak yg ditentukan (diwartakan) olih  hukum (pehak pentadbir/umarak) .

Secara rengkasnya jualbeli yang diketegorikan haram selain dari riba diterangkan juga jenis jula beli secara pilih kasih,maksudnya orang yang dikenali (tempatan) dengan orang luar (pelancong) dibeza bezakan harga,orang tempatan mendapat murah manakala orang luar atau pelancong tadi dijual mahal pula.Jualan jenis ini tidak halal dan diharamkan.Namun jika mendapat persetujuan contohnya bagi pembeli tetap yang juga mahu memperdagangkan barangan belian tersebut maka disini perlu ada tolak ansur kerana tidak sama pelangan yang membeli hari hari dengan pembeli sekali sekala apatah lagi jika barangan yang hendak dibeli itu akan dipasarkan balik,.cuba bayangkan jika sampai ketangan orang ketiga atau keempat makanya sudah jadi berkali ganda harga itu akan dinaikan sebab masing masing inginkan keuntungan.

Berbalik kepada logo Halal tadi diharapkan penguatkuasaan peraturan tersebut bukanlah berniat mahu membebankan peniaga sebabnya untuk mendapatka status halalnya itu pun peniaga memerlukan ongkos dan bukanlah percuma,sebelum ini peniaga sudah mempuyai 2 ke 3 jenis bayaran lesen untuk membolihkan pengusaha kedai makanan itu memulakan perniagaan kemudian ditambah pula dengan satu lagi dengan logo HALAL.Kita tahu hasrat dan matlamatnya baik namun apa yang berlaku berdasarkan pengalaman terdapat dikalangan peniaga yang tidak mementingkan soal sembelihan contohnya jika dimusim perayaan permintaan untuk ayam begitu tinggi dan mendadak sehinggakan ada yang terlepas pandang terdapat dari ayam ayam tersebut disembelih cara cincai cincai nampak macam seolah olah dicucuk jarum ketengkuk sahaja .Jadi apakah dengan logo tersebut kelak akan ada yang merasa sudah memperolihi lesen besar dan kebal dek kerana ketiadaan pemantauan olih pehak yang berkaitan tadi.Untuk itu persoalannya adakah mampu pehak berkuasa memastikan permasallahan tersebut sedangkan kenaikkan harga barang pun tidak mampu dibendung.

Selain daripada  itu alkisah dari datuk nenek saya menceritakan disemasa dia mahu menunaikan haji dahulu iaitu diera tahun 50an,katanya para bakal jemaah haji yang akan menaiki kapal laut diSingapura untuk keMekah, mereka ini terlebih dahulu berkampung dirumah rumah angkat diJohor untuk menumpang terlebih dahulu sehari dua sebab diwaktu itu tiada lagi Komplek haji seperti diKelana Jaya hari ini,jadi tidak hairanlah jika orang Johor juga sebenarnya lebih alim soal agama sebeb mereka banyak bergaul dengan bakal bakal haji pada waktu itu jadi saya tidak peliklah jika pada hari ini terdengar laungan HUDUD diJohor....

tok ayah su-perkara baik perlu disokong....

Ahad, 1 Julai 2012

Diari harianku...

Salam hormat!
Sebenarnya sejak dari zaman belajar (muda muda) lagi saya sudah biasa mendiarikan aktiviti segala kerja kelakuan yang dibuat pada setiap hari,untuk itu sudah pastilah setiap awal tahun saya tidak ketinggalan untuk membeli dan memiliki buku diari tersebut, akan tetapi sejak akhir akhir ini diari nampak seperti sudah tidak berperanan lagi, sebab apa eek? Saya merasakan kemungkinannya disebabkan olih kerana telah munculnya diari bentuk baru,contohnya dengan teknologi hari ini handfon pun telah bolih disimpan dengan pelbagai maklumat apatah lagi dengan komputer,laptop dan sebagainya,jadi apabila jika ada acara yang perlu dihadiri bolih saja disetkan tarikhnya untuk mengingatkan kita apabila tiba masanya, maknanya sudah seperti "setiausaha peribadi" yang tolong memaklumkan. Maka kerana itulah juga agaknya generasi hari ini iaitu genarasi Y sudah tidak tahu apa itu buku diari dan kepentingannya.

Jika dulu dulu buku diari ini amat penting dan besar fungsinya sehinggakan jika berlaku sebarang kes kematian yang mencurigakan disebabkan olih perbuatan jenayah dan sebagainya maka diari inilah yang akan dirujuk,begitulah peri pentingnya diari ini sehingga sebarang maklumat peribadi yang tersembunyi akan dicatat olih pemiliknya malah jika ada sesiapa yang tidak berkenaan yang membaca akan dikira bersalah sehingga bolih didakwa,sebabnya ia adalah rahsia (rekod) hak asasi bagi seseorang.

Namun bagi pehak berkuasa yang bertujuan untuk siasatan sahaja yang akan dibenarkan dengan syarat syarat tertentu, begitulah hebat dan berpengaruhnya diari. Persoalannya sejauh mana kebenaran apa yang ditulis didalam diari tersebut benar belaka? harap harap tidak jadi seperti berita akbar sudahlah, sebab apa? puncanya adalah kerana terdapat dari apa yang terpapar didada akbar (tidak semua) itu bolih diklasipikasikan sebagai benar semuanya,ada kalanya sengaja direka reka....jadi pandai pandailah kita menapis dan menilaikan setiap berita itu!

Dari perhatian saya dengan perkembangan kemajuan teknologi hari ini ada dikalangan penulis telah menulis perihal peribadi kedalam media sosial mahupun blog,ini pun pada pendapat saya media baru bolih dianggap satu diari alaf baru cumanya agak terbatas,almaklum tidak semua perihal berkaitan diri sendiri itu mahu ditatap secara terbuka olih orang ramai,jesteru itu jika ianya berkelas rahsia besar adalah terbih baik disimpan sahaja kedalam diari yang bertulis tangan, dengan cara itu akan lebih selamat,mana tahu dek kerana rambut sama hitam hati lain lain nanti ada pulak yang akan mengambil kesempatan untuk membuat onar terhadap kita.


Walau bagaimana pun adalah tidaklah sampai semua perkara tidak bolih dikongsi tahu dengan orang lain, manalah tahu dengan hebahan kita secara terbuka akan ada terselit kebaikan disebaliknya.Contonya 2 hari lepas (jumaat) saya telah berkesempatan melawat anak buah yang sakit diHospital,sebelum itu saya juga telah berkesempatan menziarahi seorang rakan sekampung yang bernama Wahid Gosdor (nama gelaran) beliau telah dimasuk keWad disebabkan implikasi Jantung,katanya tidak bolih terkejut,olih itu dengan hebahan ini diharap kepada sesiapa yang mengenali dan ingin menziarahinya bolihlah datang ketinggat 7 Hospital Sultanah....Kuala Terengganu.Bilik yang ditempatkan beliau itu amat ketat kawalannya dan tidak dibenarkan masuk secara beramai ramai tetapi bolih masuk seorang dua sahaja secara bergilir gilir,kelihatannya beliau masih lagi nampak sihat dan tidaklah serius mana, sebab itu diakhir perbualan saya dengannya beliau sempat berkirim salam kepada kawan kawan yang lain dikampung. Harap harap beliau cepat semboh...amim.Malangnya saya tidak tergerak hati untuk mengambil gambar,maklumlah nak jaga takut takut dia jadi terkojut....keh...keh..keh...


Selepas daripada itu saya beredar untuk melihat anak buah pula yang berada ditingkat lima,puas juga saya melilau mencari lalu meminta bantuan dengan nerse menanyakan nama,maklumlah dah hampir 30tahun lebih tak jumpa jadi semuanya sudah berubah, dulunya masih bersekolah sekarang dia sudah berkeluarga,beliau yang saya maksudkan adalah anak Abe Puzi (sepupu) kemuning Machang tetapi telah berkerja sebagai guru sekolah dan menetap disini (Kemaman), sembang punya sembang berselang 2 katil terpandang olih saya terdapat satu lagi keluarga yang juga merupakan anak buah (sepupu juga), hendak dijadikan cerita maka berkenalan mereka berdua ini  yang hanya baru dikenal bersaudara pada hari itu,sebelum ini tak kenal pun... Saya merasakan jika tidak ada orang lebih tua yang sering berpergi mari menziarahi sanak saudara maka sampai bila bila tali persaudaraan keluarga sendiri tidak akan mengenal antara satu sama lain,Kalu bertepuh bahu bergojoh kekoh pun jadi tak kesah sebab dianggap orang luar bukan anak beranak,jika ado semangat sero worih terdekat tu jadi lain sikit,itulah kelebihannya....Jadi pada hari itu bertautlah kembali jalinan kemesraan dua persaudaraan tersebut disebabkan kehadiran saya secara kebetulan dan spontan itu, alhamdulillah....


Tok ayah su-berhasrat ingin mengadakan hari keluarga....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan