arkib

Isnin, 30 Disember 2013

Tak Turun...Tak naik....

sisipan akhbar SH
Salam hormat!
Beberapa jam sahaja lagi tahun baru Masehi 2014 akan menjelang dan 2013 akan menghilang. Jika mengikut kelendar islam Hijrah kita disunatkan membaca doa akhir dan awal tahun, namun bagi menghadapi tahun Masehi ini bolihlah juga kita mengharapkan sesuatu perkara baik akan berlaku didalam kehidupan yang akan kita tempuhi nanti.

Pun begitu ramai juga seakan terasa resah apabila Kerajaan UBN mengusik hati rakyat dengan beberapa pengumuman yang akan menaikkan beberapa harga barangan dan juga perkhidmatan pada tahun 2014.Jadi tak perlulah saya ulangi mengulas apa apa perkara berkaitan bersabit dengan kenaikan tersebut kerana ramai sudah yang menulis mengenainya.Malahan beberapa hari yang lalu samaada media cetak mahupun eletronik menguar uarkan bahawa beberapa kumpulan Pro Kerajaan UBN telah membuat report (aduan) kepehak polis meminta agar satu perhimpunan NGO atas nama "TURUN" tidak dibenarkan berlangsung didataran merdeka yang dijangkakan akan dibuat serentak dengan upacara sambutan Ambang tahun baru disitu nanti.Yang mahu dituntut dan didesak ialah agar kerajaan tidak menaikkan harga barangan termasuk TOL,tetapi yang kecohnya NGO TURUN berkenaan telah ditohmah hendak mengulingkan kerajaan pula, alahai....nampak sangat macam sengaja mahu memprovokasikan keadaan.

Semalam saya dapat tahu satu mesyuarat membincangkan hal pendidikan asas PASTI (pusat asuhan tunas islam) cawangan telah diadakan,beberapa orang mantan Pengerusi pasti turut hadir memberi penjelasan dan menceritakan pengalaman mereka.Ada yang kata dengan jumlah murid dalam sekitar 40 0rang memerlukan belanja makan minum pagi sebanyak rm 700 lebih sebulan,ini bererti sekurang kurangnya rm 25 sehari,perbelanjaan ini dikongsi sumbang ramai ramai dalam bentuk membekalkan makanan/minuman secara bergilir gilir dari kalangan ibubapa mahupun dari orang perseorangan.Manakala yuran tetap bulanan tak naik dan tak turun iaitu sebanyak rm25 sebulan sejak dari beberapa tahun dulu.Yang menjadi masaallah apabila hendak mengada majlis iftifal dihujung tahun,ini kerana belanja yang diperlukan tidak kurang dari dalam sekitar rm 4000,kebiasaanya para ajk PASTI lah yang terkial kial mencari dana untuk belanja upacara majlis iftifal tersebut.Olih yang demikian didalam mesyuarat semalam terdapat salah seorang telah mencadangkan satu usul agar yuran tidak dinaikkan tetapi perlu ditambah dengan duit tabungan sebanyak rm5 sebulan bagi tujuan untuk diasing dan diagih bagi tujuan simpanan buat mengadakan majlis iftifal pada hujung tahun, ini bermakna akan jadi rm25+5=rm30 sebulan.Untuk permulaan dikenakan juga bayaran untuk pakaian unifom sekolah rm25 serta rm30 buku buku Tek, jadi jumlah keseluruhannya dalam sekitar rm85, pendaftaran dibuka esok 1/1/2014 (rabu).
sisipan semasa dari  PASTI







tok ayah su-selamat tahun baru Masehi 2014....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan