arkib

Rabu, 8 Februari 2012

Asal usul keadilan (sambungan akhir)

(gambar hiasan)
salam hormat!
Nampak gayanya tulisan saya sebelum ini telah tergelincir sedikit dari topik asal,biasalah kalau dah menulis tu kadangkala banyak idea yang datang lalu dicurahkan terus agar tidak ada yang tertinggal dan terlupa,jadi untuk siri akhir ini ada baiknya saya kembali kepada tajuk..Untuk mengupasnya saya juga mengambil beberapa kesah masyarakat yang saya lihat dan saya dengar ada persamaan tetapi "tidak serupa" dengan apa yang saya paparkan pada siri pertama dahulu.

Perihal pembahagian harta pusaka ini akan timbul setelah berlakunya kematian ahli ketua keluarga.masing masing.Sememanglah orang lain yang tiada pertalian darah tidak bolih campur tangan dan tidak ada hak mempertikaikan sebarang keputusan dalam pembahagian harta pusaka tersebut,namun demikian apabila dilihat seperti sesuatu yang tidak kena akan cara pembahagian tersebut dari adat kebiasaannya maka akan timbullah tanda tanya.Apatah lagi jika yang berlaku itu pada kalangan mereka yang  juga dikatakan sebahagian dari ketua masyarakat setempat.

Baru baru ini seorang usahawan terkenal telah meninggal dunia,tidak perlulah saya menyatakan siapa, difahamkan banyaklah dari pemilikan harta arwah jatuh ketangan anak anak.Salah satu anak tersebut seorang perempuan (bongsu) berstatus OKU dan sudah pun berumah tangga,disemasa hayat arwah ada, kepada sianak perempuan inilah telah diserahkan untuk menguruskan perniagaannya termasuk sebuah stesyen minyak serta tinggal bersama dalam satu rumah dengan arwah.Namun nak dijadikan bualan orang ramai ialah setelah ketiadaan arwah keadaan itu kini segala galanya telah berubah,stesyen minyak itu sudah tidak diuruskan olih anak perempuannya bongsu OKU itu lagi,kini dikatakan sudah bertukar tangan kepada anak lelaki tengahnya.Malah rumah peninggallan arwah pun telah tidak diduduki lagi.Lalu membawa dirilah sianak perempuan itu dan kini tinggal  menumpang dirumah bapa mertuanya pula,mata pencariannya sudah beralih dengan membuka sebuah warung makan,apa sudah jadi? sememanglah orang lain tidak mengtahui masaallah sebenar tetapi apabila dilihat satu kepelekkan sudah berlaku maka timbullah pelbagai tanda tanya dan perspeksi disebaliknya....

Manakala dalam peristiwa kedua berlaku apabila seorang Datuk kepada seorang cucu meninggal dunia, difahamkan kesemua tanah ladang sawit milik datuknya sudah jatuh ketangan cucunya,sedangkan dikalangan waris terdekat siarwah datuk ini ramai lagi yang sepatutunya berhak menerima pusaka tersebut. Kini kehidupan cucu tersebut telah berubah,statusnya telah bertukar menjadi OKB (orang kaya baru) dan telah  memilki  kenderaan separa mewah,walhal sebelum ini yang ada padanya hanyalah sebuah kereta teksi lama.

Itulah sebahagian dari kesah kesah masyarakat yang mahu mencari dimanakah keadilan sebenarnya?

tok ayah su- pun masih belum selesai urusan pusaka....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan