arkib

Jumaat, 10 Februari 2012

Seramnya suara burung muallaf (sambungan)

Salam hormat!
Didalam siri yang lalu dipaparkan bagaimana tertibnya orang melayu dulu  dulu mendidik anak anak kecil mereka supaya cepat cepat balik kerumah sebelum tibanya waktu senja ini kerana ditakuti akan disorok hantu polong lalu tidsk berjumpa jalan pulang,kesahnya pernah terjadi didalam satu keluarga dimana anaknya didapati telah hilang diwaktu malam,puas dicari keserata ceruk akhirnya dijumpai pada waktu pagi keesokkan harinya dalam keadaan sianak tadi berada dikawasan sawah padi dalam keadaan badannya dipenuhi dengan lintah serta berdarah darah,tetapi yang peliknya bila ditanya pada mangsa katanya beliau tidak terasa sakit apa apa malah dimarahi pula kerana menganggu  tempat dia tidur yang dianggap seperti berada diatas tilam yang empuk.

Olih kerana peristiwa demi peristiwa yang aneh aneh itulah yang menyebabkan siibubapa begitu amat ambil berat perihal anak supaya lekas lekas balik kerumah  sebelum tiba waktu senja ini.Bahkan saya sendiri pernah dimarahi olih siarwah ibu,tanpa saya sedari ketika berjalan pulang kerumah tiba tiba sraapp satu pukulan penyapu lidi telah hinggap dipaha,..aduhhh...sakit, saya meraung...tolong sambil berlari lekas lekas naik kerumah.Rupa rupanya siarwah ibu telah pun menunggu kepulangan saya dengan menyorok disebalik  pokok getah ditepi jalan itu.pedihnya bagaikan terasa sampai kehari ini,"itulah ubatnya kalau dah nakal , kalau berjalan berjalan jalan DERAT tu tak tahu nak balik awal sikit"leter ibu.Begitulah kenangan dizaman kanak Alfatihah buat ibuku,amim.

Sebagai mengenang jasa seorang ibu mahupun bapa maka keraplah juga saya menziarahi pusara mereka sambil sambil menbaca sedikit tahlil dan menjirus secerek air,Pada siri kuliah olih ustaz Mad Noor  yang selalu saya ikuti kata "amalan menjirus air dikubur ini kebiasaanya dilakukan semasa dihari pertama perkebumian.Ini bertujuan untuk mengemaskan tanah yang masih rua atau longgar supaya menjadi lebih kejap".katanya.Namun begitu setelah saya membaca satu kitab ada juga satu pendapat lain yang menyatakan antaranya untuk mengurangkan sakit fitnah kubur,dikatakan setiap anak adam muslim yang meninggal dunia maka akan dihimpitlah olih tanah kubur sehingga bolih hancur berkecai tulang belulang,jesteru itu jika ada dikalangan sanak saudara yang datang menziarahi kubur serta menjiruskan sedikit air nescaya tanah kubur itu akan jadi rua dan longgar sedikit,jika fitnah panasnya alam kubur turut akan menjadi sejuk sedikit,wallah huaklam.

bersambung lagi....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan