arkib

Selasa, 28 Februari 2012

Debat: jangan menonggeng 5

Salam hormat!
Pada siri 4 saya agak bersimpati dengan rakan saya ini kerana terpaksa berhempas pula menjalankan perniagaan tetapi hasilnya orang lain yang kaya walaupun begitu beliau ini sendiri pun kaya juga tetapi pada masa yang sama dibelenggu dengan hutang piutang yang tiada berkesudahan.Masaallah ini saya kira bukan sahaja dialami olih beliau seorang saja malah ramai lagi yang turut menghadapi nasib yang sama dengannya.

Saya juga turut menceritakan pengalaman sendiri bagaimana apabila ada orang lain melihat kawe bolih maju berniaga maka akan adalah pula perasit perasit yang akan mengambil kesempatan untuk menghisap darah.Orang kampung saya panggil jenis pokok dedalu,spesis pokok ini suka hidup menumpang pada dahan pokok lain,dalam pada itu secara senyap senyap dia akan turut menghisap segala meneral dan segala macam zat kalsiam yang ada dipokok yang ditumpangnya itu,"dedalu" ini lebih mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan nasib masa depan pokok tumpangannya dan jauh sekali untuk memikir akan nasib dirinya sendiri.Itulah kelemahna dan kebodohan dedalu ini.Wal hal pokok tumpangan itu akan mati disebabkan perbuatan jahatnya maka dengan sendiri dia juga pun akan berkubur sama."Begitulah yang terjadi pada kawe"saya menyambung kesah sendiri.Bagi seorang peniaga yang menjalankan perniagaan dikampung pendalaman jika pendapatannya bolih mencecah seribu ringgit sehari maka perniagaannya bolih dikira Okey dan sudah bolih dikatakan hebatlah.Dengan kehebatan itulah kawe telah cuba di'pancung" dengan pelbagai cara.Salah satunya caranya degan menaikkan harga barangan pada tatkala setiap kali kawe pergi keluar berbelanja untuk mendapatkan bekalan.Pehak penguatkuasa bukan tidak tahu perkara ini malah pada setiap kali kawe berbelanja kawe pernah terserempak dengan para pengawai ini yang konon membuat pemantuan harga.Malah.menurut tuan punya kedai runcit itu sendiri para pegawai ini mengambil rekod rekod apa apa jenis barangan yang didapai telah naik harga pada hari itu.Jadi untuk apa semua itu? Kalau dah sah naik harga kenapa tidak dibenteras atau hanya sekadar buat kerja tatkala ada aduan dari penguna sahaja? atau pun  jangan jangan turut sama bersubahat disebabkan olih arahan arahan dari "perasit perasit" tadi? Inilah sebabnya kawe tidak bolih sema sekali menerima amalan kerajaan perasit ini."begitulah lebih kurang cerita keluhan saya pada saing saya itu. Lalu diberikan jawapan pada saya dengan rengkas dan tidak menyakinkan . "kawe nasihatkan demo agar berhijrah ketempat lain saja"katanya.Persoalannya bolihkah saranan beliau itu saya ikuti?   bersambung....

1 ulasan:

  1. tak payah nak berfikir banyak2,buat apa nak pening kepala ,dudok makan pencen dah cukup,tak payah berhutang,memanglah hutang tu riba,tapi persoalannya,beli rumah,beli kereta ambil loan bank tak riba ke?.....begitulah ustaz2 zaman sekarang,klu dulu masa belajar mak bapa takde harta kerajaan tak beri pinjaman ,bolih ke sambong pelajaran keperingkat tinggi atau melanjut pelajaran ke mesir contohnya,tapi bila dah berjaya pandai pula salahkan kerjaan ,tak ubah seperti membela saekor beruk lapar,bila dah kekenyangan gigit tuan balik,inilah manusia tak mengenang budi namanya,walau macamana pun saya amat berbangga dgn cara hidop saya dapat berdiri diatas kaki sendiri tanpa memerlukan bantuan serta simpati dari sesiapa ,semuanya atas pemikiran yang kolot saya inilah saya mampu berdikari memiliki sedikit harta walaupun sedara kata kesian kerana dibelengu hutang
    ,tapi ternyata saya selesa kerana 2 buah rumah yang saya beli sudah pun hampir habis dibayar,yang mana dari saya tak ada apa2 hanya kosong dulunya,tidak mengharap pencen dari perkhidmatan pun,tapi kini 2 buah rumah yang saya miliki itu hargganya sudah hampir 300 ribu,kedai yang saya miliki dari kosong modal,dan kini bolih dijual dgn hargga melebihi 100 ribu,kenderaan kesemua milik saya 6 buah ada yang dah habis bayar,dan ada yang tinggal beberapa bulan saja lagi untok habis bayar,inilah tandanya orang yang ada wawasan,tidak cepat mengaku kalah,serta tidak pernah menyalahkan orang lain baik individu mahupun kerjaan,soal amal ibadat itu semua terletak diatas diri sendiri,klu dudok dinegara kafir sekali pun klu kita kuat iman serta pegangan agama sudah pasti kita rosak akidah,tapi klu tinggal dinegara arab sekali pun klu kita tidak kuat iman kita akan hancur juga akidah,olih itu tak payahlah kita nak salahkan pemimpin atau sesiapa,salahkan diri kita dulu sebelum menyalahkan diri org lain,apa yang saya perhatikan klu dikuala lumpor banyak kes2 maksiat berlaku memang saya tak nafikan sebab sedara kata ditempat ini dibawah pimpinan kerajaan kafir,memang wajarlah berlaku perkara seperti ini,tapi bagaimana pula dgn negeri yang diperintah olih pemimpin islam seperti dikelantan ,semuanya rakyat disana tak tinggal solat 5 waktu ke serta tak pernah tinggal puasa dan sembahyang jumaat?..dan tak berlaku kah kes rogol,mencuri,berzina,berzina dgn anak kandong,curi kable talipon ,serta yang paling kotor curi pok getah,macamana ni kerjaaan yang dikatakan dipimpin olih saorang ulamak, satu negeri dah tak bolih kawal inikan pula nak kawal satu negara?......berbalik kepada hutang piutang,saya tak kesah klu sedara kata kesian kat saya ,sebaliknya saya berterima kasih kerana memberi suntikan semangat kepada saya agar terus begiat dalam bidang saya cebori ini supaya jadi betul2 saorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti inshaallah klu dipanjangkan umur serta diberi kesihatan yang baik.juga klu dizinkan allah saya akan pergi umrah pada bulan jun nanti,saya juga mengamalkan tiga prisip dalam hidop saya iaitu ,berusaha,yakin dan berdoa,soal perbuatan kianat,pelaris,atau ilmu hitam juga sihir,sama sekali saya tidak percaya,kerana ini semua adalah syirik dan dosanya tidak terampun.setakat inilah sahaja yang dapat saya coretkan buat kali ini semoga sedara berpuas hati,juga saya akhiri dengan wabillahitaufik walhidayah,wassalamuaalaikum warrahmattullahiwabarokhatuh.jumpa anda dipuncak kejayaan.

    BalasPadam

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan