Salam hormat!
Didalam siri yang lalu saya menulis tentang nama nama melayu yang unik dan pelik pelik khususnya di negeri Terengganu tetapi saya tidak sentuh berkenaan dengan loghat atau dialek pertuturan mereka sebab saya sendiri pun tidak berapa fasih sangat cuma sekadar satu dua ayat tu bolih lah,contohnya "mu wak pende tu? " yang bermaksud "engkau buat apa tu?".dan "benda ape kejaang?" yang bererti "buat kerja apa?" bagi mereka yang tidak biasa dengar cara bunyi pertuturanya seperti itu sudah tentu akan terasa janggal seolah olah seperti kena herdek kerana nada bunyinya agak kasar tetapi sebenarnya tidak, cuma ia sudah menjadi kebiasaannya begitu iaitu cara gaya mereka bercakap sahaja.
Itulah sebabnya ada pendapat mengatakan bahasa melayu itu sebenar mengikut bahasa pasar atau dialek mengikut negeri masing masing,Lain tempat lain dia punya dialek,Olih yang demikian adalah satu langkah yang baik saya kira bagi para pemimpin yang terdahulu kerana telah menyeragamkan bahasa melayu ini menjadi satu bahasa standard untuk diguna pakai olih semua rakyat menjadi satu bahasa resmi dengan nama bahasa kebangsaan atau jika diperingkat sekolah dipanggil Bahasa Malaysia, Selain dari itu dapat disatukan sabagai bahasa perhubungan dengan bangsa bangsa lain yang ada diNegara Malaysia ini,
Saya sendiri pun disemasa dibangku sekolah dahulu walaupun mengunakan bahasa Arab sebagai pengantara namun bahasa Malaysia tetap mendapat keputusan kepujian didalam peperiksaan selain bahasa Arab itu sendiri.Yang tidak bolih saya lupa ialah apabila setiap kali pulang dari sekolah saya tetap memperuntukkan sedikit duit untuk membeli akbar berbahasa melayu,sehinggakan saya dimarah dan dicemuh olih saudara mara yang terdekat dengan katanya suka membazirkan duit beli surat khabar yang tidak memberi faedah bagi seorang pelajar,Tetapi alhamdulillah dek kerana kerajinan saya membaca akhbarlah maka saya rasa saya bolih membuat karangan bahasa Malaysia dengan baik pada ketika itu.Tetapi hari ini fikiran saya dah agak berkarat sedikit... keh... keh... keh.... sebab sudah lama tinggal menulis, agaknyalah.
Peristiwa kedua yang tidak pernah saya lupa ialah bergaduh dengan rakan sebilik bujang gara gara berebut untuk berkongsi baca akhbar milik kawan tersebut,memanglah salah saya tetapi olih kerana kawan saya itu terlalu sombong, mentang mentanglah dia punya, hendak dipinjam baca sebentar pun tidak bolih,itulah sebabnya saya rasa geram dan naik sekh,dahshat juga kalau sudah ada minat membaca malah bolih menjadi ketagih pula.
Faktor kedua timbul minat membaca ini saya rasa adalah kerana darah keturunan disebelah datuk saya, bukan hendak dipuji cuma saya hendak kaitkan sedikit perihal perkara tajuk yang dikatakan agak seram itu.Menurut cerita daripada mulut arwah nenek saya mengatakan,datuk saya ini sememanglah seorang pemburu ilmu, bukan ilmu hitam bukan ilmu persilatan tetapi ilmu keagamaan. Dizamannya itu tidak ramai orang yang alim untuk dijadikan guru mengaji,dan jika ada pun jaraknya agak jauh berpuluh batu dari tempat tinggal, olih kerana kecintaan beliau kepada ilmu agama, beliau tetap pergi juga walaupun jauh,dimasa itu kenderaan berinjin pun tidak ada,kalau tidak berperahu ikut sungai maka berjalanlah ikut jalan darat, tinggallah dia dirumah pondok guru itu untuk tempoh tertentu kemudian sesekali balik lepas itu pergi lagi, berulang alik memakan masa bertahun juga lamanya. Membawa galas bekalan ala kadar seperti beras,garam dan juga ikan kering masin.
Hendak dijadikan cerita pada suatu hari didalam perjalanan disuatu kawasan hutan berbukit yang sunyi tiba tiba hujan turun renyai renyai,bertolih dia kiri dan kanan lalu ternampaklah sebuah pondok kecil,didalam hatinya terfikir bolihlah singgah sebentar untuk tumpang berteduh.....
bersambung.
terkini:..
Dihampiri pondok itu sambil mata melilau tengok keatas rumah dan hati tertanya tanya adakah pondok ini berpenghuni ataupun pondok kosong dusun,tiba tiba terasa bahu dipegang dari belangkang, puhhh.... semangat....terperanjat sakanlah "anok nok cari sapo?" tanya lembaga itu,Datukku tidak menjawab sebab masih tergaman dan terkejut sebaliknya ditanya balik "nenekkah yang tinggal dipondok ini? dibahasakan dengan panggilan nenek sebab baya nya sudah agak tua serta bongkok bertongkat pulak tu,kalau dalam drama melayu sering dipanggil nenek kebayan.begitulah lebih kurang."ambe nak singgah tumpang berteduh hujan sebentar" sambung datuk."tak apalah...marilah naik keatas dulu"pelawa nenek tersebut tanpa menjawab apakah ini pondok tempat tinggalnya.Bagaikan ada suatu kuasa lain yang mengerakkan datuk lalu terus sahaja mengikut nenek tersebut untuk turut sama naik keatas rumah.""anak duduklah dahulu nenek nak buatkan air nanti kita bolih sama sama minum" "ahh..tak payah susah susahlah nek"datuk cuba menolak pelawaan Sekejap selepas itu keluarlah nenek tersebut dari dapur dengan membawa secerek air dan beberapa ketul ubi kayu rebus,"nah...minum dulu dan makan ubi tu" ujar nenek itu seolah seperti mengarah dan memaksa pulak datuk supaya makan minum dulu,Untuk tidak tidak menghampakan permintaan nenek itu maka dijamah dan diminumlah air itu seteguk dua.Sruupp..rasanya enak dan sedap tak terkata.
Dipendekkan cerita.setelah hujan pun reda diminta dirilah dulu untuk meneruskan perjalanan yang terhenti tadi tetapi sebelum itu nenek masih lagi bermurah hati untuk memberikan sesuatu kepada datuk ,dibungkusnya pemberian itu didalam bucu kain semutar kepala datuk,"Buat penawar" katanya rengkas.Setelah mengucapkan terima kasih tanpa mengsyaki apa apa lalu diteruskanlah perjalanan.
Seperti biasa selang beberapa lama selepas itu datuk masih juga melalui jalan yang sama untuk berulang alik kelokasi pondok pengajiannya.Didalam perjalanan teringin juga untuk dia singgah lagi sekali dipondok itu dulu, tetapi alangkah dukacitanya dia kerana pondok itu kini sudah tidak ujud lagi,dan bayang bayangan nenek itu pun sudah tidak ada,MISTERi.....sudah jadi padang jarak padang terkukur seperti tanah rezab melayu diambil olih orang (ini saya tambah je)
Selang beberapa lama selepas tamatnya pengajian,maka sampai serulah pula datuk dan nenek(sebenar) untuk pergi menunaikan haji kemekah,diwaktu itu masih tidak ada kapal terbang,pemergian mereka keMekah megunakan kapal laut melalui pelabuhan diSingapura.Semasa diMekah ketika sedang menunaikan rukun haji,dalam perjalanan ada terdapat ramai pengemis yang meminta minta sedeqah,olih kerana datuk saya memahami bahasa Arab kerana belajar ditanahair dulu,sedikit sebanyak dia faham apa yang diucapkan olih pengemis ini,Olih kerana dia tidak membawa wang mungkin sengaja ditinggalkan ditempat penginapan lalu diberitahulah secara terus terang kepada pengemis itu bahawa dia tidak membawa/mempunyai wang,akan tetapi sebaliknya datuk pula dikatakan macam macam dan dicaci kononnya haji baghil,kedekut dan sebagainya..Untuk menyakinkan pengemis itu di kelebek keluarkan poket serta dikibar kebaskan kain semutar kepalanya.Dengan kuasa Allah Subhanahuwataalla entah macamana dan datang dari mana tiba tiba bercucuran jatuh duit dari bucu kain semutar tersebut,apa lagi berduyun duyun dan bersusun susunlah pengemis mengutip duit yang jatuh ketanah tersebut,ya Allah maha suci Allah mengucap panjang lah nenek yang turut sama menyaksikan kejadian aneh itu.Nenek juga turut mengambil satu dan terambil juga sebiji batu. Subhananallah....batu tersebut menyamai serupa dengan batu penawar yang diberi olih "sinenek" yang ghaib dihutan kampung dulu..Batu penawar itu masih ada diwarisi sampai kini olih salah seorang cucunya... siapakah dia cucu tersebut? jengg...jeng...jenggg...besambung lagi....
sambungan terkini:
Masih lagi kesah ditanah suci Mekah,rupa rupanya Allah S.W.T mahu datukku terus menerus tinggal disini.Selang beberapa hari selepas peristiwa aneh itu,datukku terus hilang ghaib dari rombongan haji dan dipercayai telah tersesat arah untuk pulang kekhemah jamaah,Bersedihlah nenekku sampai sehingga tamat waktu kerja ibadat haji.Disaat akhir waktu pulang pun datukku masih juga tidak dijumpai,Maka pulanglah nenekku seorang diri tanpa datuk ketanah air. Dipercayai kini datukku telah pun meninggal dunia,mustahil jika masih hidup lagi sebabnya jika dihitung jangka hayatnya kini telah pun mencecah lebih seratus tahun.Entah entah dia berkhawin lain dengan orang Arab, wallahuaklam.Olih yang demikian saya dapat merasakan disemasa ada hayatnya datuk diMekah betapa rindunya dia pada keluarga ditanah air.Hu...hu...hu....sedih dan sebaknya rasa hatiku.Apa pun sama samalah kita sedeqahkah AlFatihah buat arwah datuk..... amiim.
Seperti biasa apabila matinya seorang ketua keluarga islam,Apa yang menjadi milik siarwah dari sekecil kecil perkara sehingga kebesar mana barang yang dinilai berharga akan dikira sebagai peninggalan harta pusaka dan perlu dibahagi bahagikan mengikut undang undang syariah dengan hukum kiraan faraid termasuklah kaedah mengambil kira hak harta sepencarian iaitu hasil harta yang dimiliki ketika selama bersama sah sebagai hubungan suami isteri. Bagi keluarga yang telah siap siapkan membuat wasiat samada secara bertulis atau secara lisan bersaksi tidaklah menjadi masaallah,tetapi berapa ramai yang faham dan tahu berbuat demikian,apatah lagi bagi orang orang tua melayu dalu dulu.Konflik inilah yang berlaku pada keluarga siarwah datukku.Untuk memudah cara pembahagian,satu persefahaman diantara anak anak telah memutuskan supaya menjual sahaja sebidang tanah yang dimilki arwah datuk kemudian duit jualan dibahagi bahagikan. Namun begitu untuk harta sepencarian yang dipanggil juga olih orang melayu sebagai 'kepala mayat" tidaklah mahu dijual kerana ditanah situlah juga menjadi tapak rumah tempat tinggal nenek.
Malangnya inilah perangai orang yang bernama manusia berupa rambut sama hitam tetapi ilmu agamanya tidaklah dipentingkan, Inilah yang dilakukan olih sipembeli tanah itu yang bernama panggilan olih orang kampung dengan gelaran Chegu Pa, gelaran itu diberi kerana beliau merupakan seorang guru sekolah. Walaupun seorang guru soal harta dibuat gelap mata .Olih kerana tanah itu hanya diatas satu geran lalu disilap matakan diatas namanya sahaja tanpa dipecah lot.Diatas penipuannya itu maka nenek telah membawakan kes tersebut kemahkamah.Kerana sebab itulah juga si Chegu durjana itu tidak berani menghalau nenek serta merta walaupun tanah tersebut telah dipindah milik keatas namanya (secara haram jadah).Anak anak yang lain membiarkan nenek seorang diri berdepan dengan masaallah ini dengan turun naik kemahkamah sebab habuan meraka masing masing telah diterima. Tinggallah saya berdua nenek dirumah peninggalan pusaka datuk itu,Saya pada ketika itu masih bersekolah,Nenek sering bercerita akan rintihannya,perbicaraan kes tanah itu yang sering dilengah lengah dan bertangguh.Apa yang saya ingat nama yang sering disebut ialah seorang lowyer yang bernama "Wan Mustaffa",segala dokumen berkaitan ada ditangan peguam ini,Apalah sangat yang dapat saya lakukan pada waktu itu sebab makan minum serta perbelanjaan sekolah pun ditanggung olih nenek....saya terpaksa tangguhkan lagi tulisan ini kerana emosi saya agak terasa terganggu dan sebak.....
Sambungan lagi
Olih kerana teramat simpati dengan nenek yang terpaksa mengerahkan kudrat tenaga tuanya disamping dibantu olih saya untuk mencari rezeki dengan hanya bercucuk tanam sayur sayuran disekeliling rumah ditanah yang telah dianggap olih orang sebagai penghuni haram walaupun pada hakikatnya masih halal kerana keputusan mahkamah masih belum diperolihi lalu saya bertekad untuk menamatkan persekolahan diperingkat menengah sahaja kemudian membawa diri merantau kesegenap pelusuk negara miskipun usia saya pada ketika itu hanya dalam lingkungan belasan tahun.Betapa tidak sanggupnya saya melihat kerakusan siChegu Durjana itu mengawal tanah tapak rumah pusaka tersebut seolah olah seperti benar benar sudah menjadi hak kepunyaannya yang mutlak.
Dipagar kawat durikan disekeliling kawasan sehinggakan basikal tua saya untuk ulang alik kesekolah pun terpaksa disurutkan kebawah (kawat berduri) untuk masuk kerumah.Segala macam jenis pokok buah buahan disekeliling rumah jika tiba musim akan berebut rebut dengan nenek untuk diambilnya juga,Seolah olah macamlah pokok itu mak bapak dia yang tanam. Sedangkan dari hasil buah buahan ini akan nenek jualkan untuk perbelanjaan bagi kami berdua.Mujurlah ada lagi sebidang tanah padi jadi bolihlah nenek upahkan untuk orang kerjakan menanam.
Saya sengaja war war didalam blog ini adalah bertujuan jika sekiranya masih ada lagi manusia yang bernama Lowyer Wan Mustafa itu, jadi saya minta tolong sangat sangatlah beliau tampil untuk mendapatkan sedikit penjelasan bagi mencari keadilan bagi pehak nenek yang difahamkan sampai keakhir hayatnya perbicaraan kes tidak dapat diselesaikan.Kini Berseronoklah Chegu Pa durjana itu bersama anak beranaknya yang telah bermaharaja lela bagaikan Israil laknatullah memerintah tanah milik orang yang kononnya halal pada pandangan mata kotor beliau.
Tok ayah su-Alfatihah buat arwah nenek....amim.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan