arkib

Khamis, 23 Februari 2012

Debat:jangan menonggeng 3

salam hormat!
Dalam siri yang lalu saya telah menulis untuk menceritakan bagaimana bunyinya suara seorang sahabat lama yang berdebat dengan saya tetapi prinsip dan pendiriannya tatap dari sejak dulu kini dan mungin selamanya akan tetap bersama sama dengan Parti politik kesayangan itu iaitu Umno/BN. Kali ini saya akan mengupas secara lebih langjut lagi.Tegasnya belaiu juga tidak bolih menerima cara dan juga Dasar Parti Pas/PR.Apatah lagi dengan kaedah Negara Berkebajikan yang hendak diperkenalkan  olih Pas itu.Katanya contoh sudah ada,dizaman Mantan PM Pak Lah banyak agenda kebajikan yang dibuat,walaupun namapak baik tetapi apabila tidak seimbang maksudnya banyak aliran wang yang keluar tetapi yang masuknya kurang maka deposit akan jadi meningkat dan lambat laun akan bolih jadi bagkrap.Lalau saya jawab "kebajikan zaman Pak Lah kalau di Terengganu ini banyak kepada membina Masjid,apakah itu tidak baik? soal saya."Betul....tapi tengok pula yang siapa yang membiayainya,taukey taukey cina,dan mereka ini tidak akan akan memberi saja saja begitu jika tidak ada kepentingan tertentu disebaliknya.Salah satu kesannya ialah dengan menaikan harga barang kepunyaan tauke tauke itulah".Saya kata "kaedah Kebajikan Pas ini bukan dengan sokongan dari taukey taukey,sebaliknya dokongan olih rakyat,apabila rakyat sudah sokong maka akan payahlah sesebuah kerajaan itu ada resiko bangrap"

Saya kata lagi "macam mana saya hendak sokong BN sebab harga minyak pun naik sokmo,sedangkan kita sebuah negara pengeluar minyak,contohnya jika kita menanam padi,kemudian bila kita jualkan jika bernasib baik pada masa itu kalau harga pasarannya tinggi maka kita akan dapat untung lebih,tetapi tidak berlaku dengan jualan minyak,alasan katanya harga pasaran minyak dunia naik,tetapi untung jualannya mana?. Jawab beliau "harga minyak tu masih rendah lagi jika hendak dibandingkan dengan negara jiran kita.Lagi pun kita jual jual minyak yang masih kotor belum bertapis,saya cuba memotong cakap "kalau begitu samalah dengan jualan air kita keSingapura,jual dengan harga beberapa sen sahaja tetapi apabila negara itu proses dijadikan air bersih lalu dijualkan balik dngan kita dengan harga yang berlipat kali pula,begitukah yang demo maksudkan?"


Beliau menambah lagi "kita tertakluk kepada perjanjian,contohnya perjanjian kita dengan pehak British semasa hendak menuntut kemerdekaan dulu, Demo tahu kenapa sebabnya kita masih perlu membayar wang perlindungan keselamatan kepada negara tersebut?,tanpa saya jawab belaiu terus menjelaskan "antara sebabnya kita mahukan ada sekutu yang bolih menjamin keamanan supaya tidak mudah diusik orang" samalah dengan kawe,apabila ada kawan,jika ada pehak yang cuba hendak membuat kacau perniagaan kawe,pehak pengacau itu akan merisik tanya dulu,kawe ni kloni sapo?seandainya kawe berseorangan tidak campur berkawan dengan siapa siapa jadi mudahlah kita kita akan jadi mangsa mereka"begitulah anologi saing kawe ni.

Sebagai satu contoh lagi katanya "kita lihat pula undang undang yang diluluskan diParlimrn itu hanya terhad kepada  urusan pentadbiran didalam negara sahaja,contohnya penguat kuasaan ndang undang Jalan Raya dan sebagainya akan tetapi bila mencakupi kepada hukuman bunuh,kita perlu juga mendapatkan kelulusan dari  Mahkamah Antara Bangsa,buktinya hukuman bunuh bagi kesalahan dibawah akta Dadah yang melibatkan warga asing"katanya.Lalu saya soal dia balik "kalau begitu maknanya negara kita masih belum berdaulat dan merdeka sepenuhnya? dan undang undang yang demo dinyatakan tadi tu adalah ciptaan manusia dan bukanah dipetik dari agama,begitu? Beliau memberi jawapan dengan nada yang akan tinggi dengan menerangakan faktanya seperti lebih kurang begini bunyinya:
 
"Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidak adilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. . Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW, orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.
 

Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan. 

bersambung.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan