(gambar berita hiasan)
salam hormat!
Kebiasaan jika disebut mualaf ianya bolih dikaitkan dengan orang bukan islam yang baru masuk islam,lalu dipanggil dengan gelaran mualaaf atau dengan bahasa lunaknya ialah saudara baru.Tetapi ditempat saya mualaf juga adalah nama bagi spesis burung,burung jenis ini akan bergerak mencari makan diwaktu malam manakala disebelah siang harinya dia tidur,Tempat persembunyiannya sewaktu tidur ialah dikawasan semak semak hutan yang tidak begitu tebal.
Semasa kecil kecil dahulu sebagai asal budak dari kampung seringlah saya terserempak dengan burung jenis ini tatkala saya berjalan jalan didalam semak untuk melastik atau membidas burung sambil menahan jebak iaitu sejenis jerat untuk memerangkap burung candik kuning.Kadangkala burung maalaf ini kita tidak nampak sebabnya dia tidur diatas tanah dan rupa serta warnanya juga seakan akan daun kayu kering berkelabu. Sehinggakan kadangkala sampai dekat hendak terpijak pun tidak disedari,tahu tahu brruu bruss dia terbang lari menyelamatkan diri,waktu itulah akan terasa terkejut dan berdebar hati kerana terperanjat.
Bunyi kokokan burung ini lebih kurang begini "kut... kut... kut.... takut", kebiasaan bunyinya masa senja diwaktu maghrib. Diwaktu inilah orang orang tua tua dahulu amat pantang jika ada anak anak kecil yang masih bermain main dipinggir rumah.Bunyinya yang seram seram sejuk itulah bagi sesetengah kepercayaan orang orang melayu dulu dulu percaya akan ada sesuatu petanda yang mungkin berlaku, antaranya tanda ramalan akan berlaku kematian,samalah juga dengan keperyaan mereka yang percaya dengan bunyian burung murai,jika kicauan burung murai berbunyi diberhampiran rumah tandanya orang jauh akan berkunjung untuk bertandang kerumah atau pun anak anak yang berada dirantauan akan balik kekampung.
Disamping itu ada satu spesis burung lagi yang dikaitkan dengan petanda kematian iaitu bunyi burung hantu.Namanya pun sudah menyeramkan apatah lagi dengan rupa dan matanya yang bulat bersinar,kemudian bunyinya menakutkan,macamana bunyi? dengarkan "hukk haaa...(habis lutut makan paha) haa... ha.... ha.... lawaklah pulak.
Bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan