arkib

Sabtu, 18 Februari 2012

Jangan menonggeng....

Apa itu menonggeng? kenapa ianya dilarang? tunggu ulasannya akan menyusul
Terkini:
Mengimbau kembali zaman zaman kanak sehingga kealam remaja pastinya setiap orang akan melalui saat saat suka dan duka masing masing.Begitulah dengan diri saya,sebagai anak yatim sudah tentulah banyak duka dari suka yang sering dilalui.Masa yang dilalui tidaklah sama dengan  orang lain,jika mereka merasai nikmat kasih sayang dari seorang ayah tetapi tidak  pada saya kecuali hanya dari seorang nenek sahaja,namun begitu segunung penghargaan yang tak terhingga dan tak mungkin terbalas atas jasa jasa nenek itu.Selain dari memberi keperluan makan pakai serta membiayai persekolahan, Nenek juga tidak ketinggalan memberi kata nasihat,diatas nasihatnya masih tertanam terus dikepala ini dan ada pula yang telah terlupa bagaikan air jatuh kedaun keladi.Diantara kata katanya merupakan banyak berkaitan amalan doa dan juga petua melayu.Doa untuk menaiki kenderaan darat dn juga kenderaan diair terus melekat diminda sehingga kini.Diantara petua petuanya pula bagaimana hendak mengunakan cangkul agar tidak terkena kaki semasa menyangkul selain memberi sedikit doa disemasa hendak memulakakn menanam biji  benih tureut diajarnya.

Diantara tip atau pun petuanya yang lain ialah bagaimana hendak menghadapi lawan jika  ditakdirkan terpaksa bergaduh,saya tidak bolih tulis disini kesemuanya nanti disalah anggap bolih mengalakkan orang lain bergaduh pula,sebab itu pada suatu malam ketika balik dari mengaji alqur"an tiba tiba sekumpulan dari pemuda kampung lain telah datang menganggu tetapi dapat saya atasi dengan hanya mengunakan teknik membaling pasir kematanya.Akhir pengacau itu lari lintang pukang.Bukan bererti saya ini hero tetapi dek kerana tektik yang diberikan olih nenek sedikit sebanyak dapat juga saya gunakan.Saya juga hantu keluar malam,sebelum mata mengantuk saya dan rakan rakan sering lepak lepak diwakaf (tempat menunggu bas) ditepi jalan besar sambil borak borak kosong, Wakaf yang sering jadi tumpuan kami ialah dihadapan kedai Arwah tok imam Hj mamat Kg.Kemuning.,kadang kala orang tua juga ada tumpang dengar sekaki.. Diantaranya arwah ayah kepada Che"Gu Ismail iaitu bekas ADUN BN.namanya Mamat juga.Diantara kata kata siarwah ini yang masih ingat sehingga kini ialah "kalau nak bagi orang tengok kita cerdik kita juga kena jadi seorang yang kaya" katanya.Mungkin kata katanya itu ditujukan kepada saya sebagai perli almaklumlah siapalah saya pada masa itu,sudahlah miskin anak yatim pulak tu.
Sekarang ini pun saya juga tidaklah sekaya mana pun... keh...keh...keh....maknaya saya masih tidak cerdiklah kalau nak dikira dengan anologi siPak Cik Mamat itu tadi. hu...hu...hu....cedih dan malunya aku. Che'Gu We (ismail) tentu tersenyum jika dia membaca tulisan saya ini kerana melibatkan diri arwah ayahnya,
harap harap dia tak bersikap pogoh sepert dulu dulu.Dari apa yang saya kenali belaiu ini seorang yang bersikap mudah panas baran juga, pernah saya dengar dari bekas anak muridnya yang sering kena makan penampar jepun,maklumlah beliau juga seorang guru disiplin disekolah.Menengah Keb.Machang.Manakala saya pula menjadi seorang pemain bola (simpanan je  keh...keh...keh...) dengan pasukan pemuda sriKemuning dibawah pengurusan beliau.Sebab itu saya sering mengikuti khabar perkembangan belaiu,malah saya kenal siapa orang kuat politik disebalik belakang beliau walaupun dia sendiri tidak tahu yang saya tahu mengenainya,Bersambung....

Sambungan:
Saya masih lagi mahu menulis dengan mengimbas kembali berkaitan kehidupan dizaman kanak kanak sehingga diperingkat umur remaja saya.Walaupun ada diatara kenangan lalu itu telah jadi ingat ingat lupa dan kabur kabur namaun didalm beberapa peristiwa ianya tetap kekal tersemat didalam kepala seolah olah seperti baru sahaja semalam dianya berlaku.Bila bercakap tentang sukan selain badminton yang menjadi permainan kegemaran saya yang  nombor satu, bola sepak juga merupakan  permaianan nombor dua saya,

Pada asasnya saya hanya aktif bermain bola sepak sekadar suka suka terutama disebelah petang, bermain bersama sama kawan kawan dan adakalanya sekali sekala mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan pasukan dari kampung yang berdekatan.Padang permainan kami  ialah dipadang tinggalan sebuah sekolah agama rakyat yang telah ditutup.Saya sendiri tidak tahu kenapa sebabnya sekolah tersebut ditutup tetapi pada masa itu bangunan kayu 2 tingkat masih gah ada lagi ,malah disinilah seingat saya berlakunya sejarah himpunan perdana Pasukan Pemuda Tahan Lasak Umno diera lewat akhir tahun 60an,
Jadi sebagai mengenang nostalgia peristiwa kedatangan Perdana Menteri kesini pada waktu itu maka saya mahu mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini supaya dapat membina satu stadium disini,Ditempat ini juga terkenal dengan nama jolokan "kubur Minah",.menurut ceriata sejarahnya nama jolokan itu diberi kerana terdapat sebuah kubur seorang wanita yang warak lagi alim tetapi telah mati dibunuh.(macam sejarah permaisuri diPulau Langkawi) Harap harap cadangan ini dapat diperkenan dan dipertimbangan....bersambung lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan