Salam hormat!
Pada suatu ketika timbul protes secara senyap berkata "yayasan pembangunan ummah tetapi yang jadi pembangunan rumah sebaliknya moral Ummah duduk setara tula (sama) jugak tak berubah ubah. Tiap bulan elaun potfolio tetap dapat walau pun kerja tak buat sebab itu tuhan tak nak bagi menang untuk penggal 2004 dan seterusnya kerana masih ada tak ikhlas". Begitulah bunyi suara protes senyap yang mengambarkan sedikit nagative terhadap keujudan Yayasan Pembangunan Ummah (UPU) pada suatu ketika dulu.
Sabar je la....walaupun saya bukan ustaz tapi saya memang suka membaca terjemahan ayat ayat alqur"an, diantara yang saya baca (bukan hafal) ialah sebahagian dari surah Alkahfi bercerita tentang nabi Musa a.s pernah diuji dengan sifat kesabaran.Relevennya ayat itu untuk dibuat panduan ialah Nabi Musa juga diperingatkan supaya tidak mudah protes atau ghairah membantah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan