arkib

Khamis, 5 Disember 2013

Perang Mulut vs Perang Jenama

Salam hormat!
Maha berkuasa tuhan diatas kehendaknya jua bolih dipindah pindahkan kemana sahaja rahmat mahupun lahnat yang dimahukan contohnya jika sebelum ini ditahun tahun berdekat yang lalu tidak pernah terdengar dek kita akan bandar Kuantan serta daerah disekitarnya dan sedikit tempias sampai Kemamam telah berlaku satu fenomina banjir yang agak luar biasa berbanding sebelumnya. Memang tidak dijangka dan diduga lantas dengan itu mungkin juga ada penduduk disini yang tidak bersedia menghadapinya, susulan dari itu heboh juga dimedia sosial melapurkan bahawa perihal banjir tersebut telah masuk sampai kedalam Parlimen untuk dibuat satu usul tergembar bagi tujuan agar dikawasan bencana itu diistiharkan dharurat.

sisipan akhbar
Bagi mereka yang tidak terbiasa dan tidak pernah mengalami sememangnya tidak akan dapat tahu betapa risaunya perasaan apabila berdepan dengan musibah sebegini,disaat sebegini keselamatan harta benda peribadi sudah tidak menjadi keutamaan lagi akan tetapi bertarung nyawa untuk menyelamat kan diri serta keluarga agar terselamat itu sudah dikira baik dan perlu lebih diutamakan. Pernah berdasarkan pengalaman sejak dari seusia kanak kanak saya sendiri telah hampir hampir lemas dihanyutkan arus air banjir, tatkala itu ayah Ngah yang juga bapa saudaraku sempat menyambarkan tangannya untuk menyelamat, sebarang Tayor diAir Putih adalah satu kawasan yang berdekatan dengan sungai Kemaman.Dalam usia 8 tahun aku diajar bagaimana untuk mendayung perahu.Kami berdua menyusuri sungai untuk kesebuah kampung lain setelah beberapa hari terperangkap didalam rumah yang mana disekelilingnya dipenuhi air bah bagaikan lautan yang luas.Tujuannya adalah untuk mendapat bantuan makanan yang sudah kehabisan.Ayah ngah memang mahir mengemudi sementara saya hanya mendayung mengikur arahannya,sekejap kesebelah kiri sekejap kesebelah kanan perahu aku mengalih tangan mengayuh mencari dan menyusuri ditempat arus yang tenang supaya tidak terlajak kearah arus yang deras dan laju disebelahannya iaitu dikawasan tengah tengah sungai,pun begitu didalam keadaan berhati hati tiba tiba perahu kami terlanggar sesuatu lalu senget, bedebum....saya jatuh keair dan terkapai kapai,mujurlah sepantas kilat ayah ngah sempat menyambar tangan menyelamatkan aku.Disungai inilah juga permulaan aku belajar berenang,dimusin kemarau pun airnya separas dada orang dewasa dan kerap juga aku bergayut memegang tangan beliau menyeberang sungai tanpa perahu . Itulah kegagahan  ayah ngah sementara keistimewaan lain yang dimilikinya ialah dapat mengtahui sekiranya akan ada tetamu atau saudara maranya yang jauh akan datang kerumah walhal diwaktu itu tidak ada pun alat perhubungan seperti telifon sebagaimana sekarang ini.Awal awal lagi dia akan tunggu diseberang sungai menunggu ketibaan mereka,Pelik....macamana dia tau eekkk...?  untuk kerumah kami mestilah menyeberang sungai terlebih dahalu,maka perahulah yang akan menjadi alat penganggkutan utama, jambatan pun belum terbina lagi.

Agaknya disebabkan dia mempunyai sedikit kepandaian menulis dan membaca maka difahamkan dia juga pernah dilantik sebagai ketua kampung dan menjadi tukang penyembelih lembu kerbau,jadi kerap juga saya dapat merasa makan daging lembu segar selain daripada itu dia juga seorang tenaga pengajar pengajian AlQur"an kepada budak budak kampung ini.Mak Ngah pula suri rumah sepenuh masa dan sering menghabiskan waktu dengan pergi memancing disegenap lubuk ikan terdekat.Tuhan tidak mengurniakan mereka anak cuma setelah dia khawin isteri yang kedua barulah diperolihi dua orang cahaya mata perempuan.Genap 2 tahun saya berhijrah lagi dari sini terus kenegeri Siam bersama keluarga angkat yang lain pula....(sebagaimana pernah saya ceritakan sebelum ini)

Olih kerana itulah saya pernah berperang mulut didalam mesyuarat MTD agar mereka yang terlibat dengan suasana banjir tidak dipandang rengan.sebabnya pengalaman lalu membuat saya teramat sensitif dengan keperitan mereka alami.
Bersambung....dengan perang jenama Sabasun vs Kedai runcit.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan