arkib

Khamis, 12 Disember 2013

Mulut cabul dimasa banjir....

Salam hormat!
Ayat mulut cabul lebih keras bunyinya jika dibandingkan mulut celupar yang sedikit agak lebih manis diucapkan walaupun kedua duanya tidak wajar dikeluarkan apatah lagi masa  yang diperkatakan itu tidak bersesuaian masa dan tempat "puak ni kalu kerap kena banjir lagi dia suka sebab bolih pitih".Itulah satu kata kata yang pernah didengari. Sedangkan musibah yang berlaku itu tidak siapa yang mahu kerana jika benar pun mereka akan berolih bantuan namun tidak semestinya berbaloi dengan apa yang mereka akan dapat.Dek cabulnya mulut maka senang senang sahaja bercakap apa sahaja.

Selepas sehari dua kejadian banjir kali pertama berlaku saya ada mengunjungi kerumah Pok Nik @ Ning untuk melihat cucunya yang baru balik dari hospital kerana terlibat dengan kemalangan motorsikal. Sambil berbual bual bertanya khabar tentang cucunya saya juga sempat bertanya perihal banjir kepadanya.Rumah pok nik adalah merupakan salah seorang rumah penduduk kampung ini yang terlibat secara langsung dengan perpindahan jika seandainya banjir berlaku.Pok nik walau pun sudah agak tua tetapi bolih gagah lagi untuk berjalan jalan tetapi yang dia susah hati sangat ialah keadaan isterinya. "Mak nik ni ada penyakit darah tinggi, kencing manis serta gaout pun ada,kalau diBalai Raya tempatkan pusat pemindahan itu cukup cukup tidak selesa sebab dia kena selalu berulang alik ketandas sedangkan tandasnya berkongsi dengan tandas budak kelas tadika,kena naik beberapa anak tangga untuk ketandas, pernah juga pada suatu ketika kelas Tadika ini dikunci pintunya,jadi cuba bayangkan betapa susahnya kami.Ruang untuk kami tinggal ramai ramai hanya dibahagian ruang legar yang tidaklah seluas mana pun apatah lagi terpaksa dihuni dengan jumlah yang ramai, berselerak berlaga kaki. Sepanjang hayat Pok Ning hanya sekali sahaja dapat merasa duit bantuan banjir tetapi bagi orang lain setahu pok ning mereka itu bolih dikatakan hampir setiap tahun bolih dapat bantuan, jadi bagaimana ada yang kata Pok Nik ni suka jika berlaku banjir?" begitulah keluhan salah seorang dari penduduk yang terlibat dengan setiap kali kejadian musibah banjir.
bersambung....
Sambungan>
Gambar hiasan
Sementara itu kata Pok Abu pula "kalu tak dok Pas habis mati kebulur puok Umno" kah...kah...kah....banjir banjir pun nok buat bekiro politik jugok ko? tapi kalau diperhatikan memang betul jugak cakap dia tu, diantara kedai yang masih tetap dibuka sama ada kedai runcit atau pun kedai makan rata ratanya terdiri dari kepunyaan milik orang ahli Pas, satu kerja khidmat pada semua jugak tu....kalau ditutup sudah tentu menyulitkan banyak orang.kan...kan...kan

Satu komen dari penguna jalan raya katanya pada tahun tahun sebelumnya disetiap kali banjir akan ada pehak JKR memasang kayu pacak tanda kaki lima jalan, tetapi pada kali ini kenapa tidak ada? pernah juga berlaku kenderaan tergelincir masuk lubang ditanah gigi jalan yang dihakis air deras. Jalan yang dimaksudkan adalah dari Ajil Ke Jerangau/Bkt Besi. Disebabkan sejak akhir akhir ini terdapat kejadian kejadian rompakan dan juga jenayah yang dikatakan kerap berlaku diLPT 2 (LebuhRaya) ini jadi ramai dikalangan penguna jalanraya masih lagi menguna jalan alternatif ini untuk keBukit Besi dan sebaliknya.

Tok ayah su-Teringat nostalgia dizaman kanak kanak bermain banjir digertak Sungai Kemuning....

2 ulasan:

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan