arkib

Ahad, 15 Disember 2013

Perang mulut vs perang Jenama (2)

Salam hormat!
Sebelum itu saya mahu respon kepada komen seorang pembaca tentang artikel saya tentang perihal banjir,katanya tidak bolih difahami dan dia hanya membaca sekerat sahaja kemudian tinggalkan beralih kelain.Ya memang betul tidak dinafikan jika pembaca itu kurang arif dengan dialek bahasa campuran ikut loghat negeri sudah tentu sukar, tetapi bagi mereka senegeri yang sama tidaklah sangat sukar sangat untuk faham, sebab itulah apabila artikel tersebut diposting kePortal Tranung Kini ianya disiarkan, maknanya ada yang fahamlah tu....

Selain daripada itu tulisan saya kebanyakanya mengunakan bahasa qias (kiasan) yang kadangkalanya mempunyai satu ayat 2 maksud. Pengunaan bahasa sebegini sememangnya banyak diamalkan olih orang orang lama atau veteren, kebiasaan mereka itu tidak menyatakan sesuatu perkara secara "direct" (terus terang) adakalanya memerlukan kita termenung sejenak memikirkan apakah maksud yang tersirat disebalik apa yang hendak disampaikan.Maknanya mereka hanya mengunakan pembayang macam pantun yang memerlukan jawapan dari kita sendiri menterjemahkan maksudnya.Ada juga yang mempamirkan kemahiran bidalan bahasa dalam berbicara,contohnya "pukul anak sindir menantu" kenapa dipikul anak sendiri tidak terus pukul menantunya.Itulah halusnya seni bahasa tok nenek orang melayu dahulu.Kaedah itu lebih mendalam dan bisanya bagaikan sembilu. Tetapi malangnya bagi generasi baru atau "WHY" kebanyakkan mereka sudah tidak lagi mengamalkan budaya cakap berlapik seperti orang orang tua dahulu, sebab itu kita perhatikan tindak tanduk sebahagiannya semacam kurang adab dan biadap serta banyak menyakitkan hati apabila mendengarnya.Contoh terkini yang agak kecoh diperkatakan ialah bidasan seorang tokoh wartawan veteren yang agak
gambar hiasan klasik
sinis menyindir dengan saranan supaya beberapa menteri yang ada ditamatkan khidmatnya untuk diganti dengan seorang isteri pemimpin nombor satu negara. Puncanya adalah kerana pemimpin itu memuji isteri beliau banyak berjasa.

PERANG JENAMA

Beralih kepada topik sambungan perang jenama.Untuk makluman saya juga pernah dijemput untuk pergi kemajlis perang mulut berdailog tentang kenaikan harga barang.Apa diperhatikan dalam masa perlumbaan perang jenama dimasa yang sama turut juga berlaku perang harga.Dah dinamakan perang sudah tentu ada yang terkorban dan menjadi mangsa keadaan. Ibarat kata gajah sesama gajah bertarung,kancil ditengah tengah mati terpijak. Jadi yang untungnya sudah tentu yang besar besar,tauke besar dan juga pembesar.....Pada era tahun 2008-2013 dahulu pernah terjadi barangan keperluaran dapur tidak ada (cukup) dalam pasaran. Pernah juga terdengar khabar angin kononya gula,minyak masak,tepung gandum dan lain lain barangan kawalan kerajaan dibocorkan rahsia tarikh masa barangan tersebut akan dibenar naikkan olih kerajaan lalu pehak pemilik kedai yang mempunyai stor besar dan luas telah menyorotkan barangan stok lama bertujuan untuk menjualkannya dengan harga baru setelah tiba masa kenaikan diistiharkan. Tetapi walaupun khabar angin namun semacam menjadi perkara berita benar pulak , apa tidaknya sebab selang sehari selepas kerajaan istiharkan tiba tiba barangan tadi melimpah limpah ruah ada semula balik didalam pasaran. Jadi dari mana datangnya barangan tersebut secara serta merta itu? Pada saya apalah sangat nak dihairankan jika rokok seludup pun bolih dijual secara sembunyi sembunyi inikan pulak barangan keperluan harian.Lalu yang untung siapa? dan yang jadi mangsanya siapa pula? dan siapa pula yang kaut untung secara atas angin?

Saya bukan hendak memfitnah cumanya jika nak main sumpah sumpah rasanya tak sedaplah pulak, sikit...sikit...sumpah...sumpah....Sama ada anda mahu percaya atau tidak terserahlah akan cerita saya ini bahawa pernah pada suatu ketika terdapat seorang Tauke kedai runcit menunjukkan kepada saya secara terang karung duit yang dikumpulkan sendiri untuk tujuan dihulurkan ketabung derma amal, ewah... manis dan baik sekali bunyinya, tetapi cuba kita tanya balik berapa sangatkan keuntungan jualan barangan runcit kalau tidak ada penipuan harga secara tersembunyi. Yang dikawal kerajaan harga barangan tidaklah sebanyak mana berbanding yang tidak dikawal.Inilah yang menimbulkan kecurigaan bagaimana mampu pekedai runcit bolih semewah itu sehinggakan bolih menderma dalm jumlah yang besar. Inilah permainan kotor disebalik nama derma amal (kebajikan)
sisipan akbar SH/semasa
tujuannya yang baik tetapi pelaksanaannya jauh melencong. Sudah tentu yang dimangsakan ialah pengguna yang diekprimentkan untuk tujuan pelaksanaan GST yang akan dilaksanakan tidak beberapa lama lagi nanti.Beli TopUp rm5 pun dicaj olih pekedai rm0.20sen.

tok ayah su-fikir nak cari belanja anak sekolah ditahun hadapan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan