arkib

Ahad, 22 Disember 2013

Semua nak C @ Realisasi...(2)

Salam hormat!
Pada siri pertama berkaitan topik ini saya bercerita sedikit perihal kehidupan peribadi disemasa zaman kanak kanak termasuk menyentuh sedikit kenangan menghadapi sedikit kesulitan ketika dibangku sekolah,saya rasa mungkin murid murid kawan sebaya saya tidak mengalami masaallah pembelajaran sebabnya mereka sedari sejak awal lagi telah mula bersekolah disitu maksud saya mereka barmula sejak dari darjah satu telah pun didedahkan dengan tulisan jawi, namun bagi saya hanya bermula dipertengahan jalan iaitu masuk terus kedarjah lima (sekolah rendah agama) sebab sebelum itu saya berada diSiam belajar agama guna penulisan campur arab dengan bahasa Thai. Bila balik sambung belajar dikampung maka jadi susah sikit untuk nak kejar pelajaran apatahlagi bahasa pengajaran banyak mengutamakan tulisan ejaan jawi (tak percaya tanya Mak Datin...Datin mana? alaa... sidia tu lah). Tetapi olih kerana asasnya telah ada makanya tidak sesulit mana untuk saya lekas faham maksud ayat seperti Alfalah mahu pun alfatah. Tetapi bak kata pepatah ilmu yang tidak diamalkan ibarat sepohon pokok yang tidak berbuah, ianya akan hilang seumpama daun berguguran diterbang dek angin lalu.

Saya memaparkah kesah itu bertujuan sekadar mahu meluah rasa akan keresahan hati yang pada ketika ini sedang didalam keadaan delima bercampur rasa fobia. Delima sebab tidak tahu kemana hendak dihantar anak masuk kesekolah pada tahun hadapan (2014) serta bimbang takut melihat pisang berbuah dua kali. Fobia takut takut apa yang pernah terjadi akan berulang kembali.Kemana hendak dihantar anak untuk meneruskan persekolahan keperingkat menengah selepas tamat tahun enam yang juga baru turut selesai menduduki peperiksaan UPSR baru baru ini.

Mungkin sesetengah orang ada persamaan dengan perasaan saya.Jadi marilah kita sama sama berkongsi luahan.Anak anak dizaman sekarang agak sukar untuk
sisipan akbar SH
dipaksa bagi menurut kata orang tuanya.Tidak seperti dizaman saya apa sahaja yang dikata olih orang tua, kita hanya menurut sahaja,baik pada mereka baiklah pada kita.Namun kini tidak sedemikian lagi,mereka lebih suka membuat pilihan sendiri.Jika dipaksa paksa juga nescaya kehendak kita itu akan dituruti tanpa rela jadi natijah akhirnya tidak menjadi seperti mana yang dikehendaki.Sedikit pengalaman lalu telah terbukti.Terdapat dikalangan abang abangnya dahulu pun sudah dihantar kesekolah yang sebagaimana saya mahu.Apa dia? saya mahu mereka meneruskan pengajian disekolah menengah agama termasuk disekolah pondok agama rakyat. Persiapan untuk masuk kesekolah agama pondok pun juga turut memerlukan belanja yang bukan sedikit. Bukan setakat belanja makan pakai sahaja yang perlu dibekalkan malah untuk permulaan mestilah juga menyediakan sendiri alatan memasak termasuk juga alatan tidur, pinggang mangkuk periuk belanga gas memasak serta lain lain perlu disediakan sendiri. Pehak pondok hanya sediakan tempat tinggal dan premis tempat belajar sahaja. Masak sendiri layan diri sendiri. Jika seorang anak itu semasa dirumahnya dahulu tidak pernah diajar membasuh, memasak dan melayan diri maka pastinya akan menjadi sukar untuk menyesuaikan diri kerana akan berlaku kejutan suasana.Ditambah pula dengan disiplin masa belajar yang ketat bermula dari subuh hari sehingga kemalam hari, terpaksa mengadap kitab menadah ilmu dihadapan guru maka itulah yang menyebabkan ada dikalangan mereka tidak dapat bertahan lama,hanya mereka yang benar benar tabah sahaja mampu berbuat demikian.Jika tidak akan kecundang diseparuh jalan,itulah yang dibimbangi.Bukan niat hendak promosi cuma mahu mewar warkan bahawa pondok agama yang pernah anak saya duduki ialah Pondok Ust Haji Abas, Padang Luas, Jertih. Setahu saya para tenaga pengajarnya ialah bekasan guru atau ustaz yang pernah mengajar diserata tempat termasuk sekolah sekolah dinegeri Kelantan. Jadi saya rasa mereka (para guru) ini tiada motif atau kepentingan lain melainkan untuk mencurahkan ilmu yang ada kepada anak anak bangsa islam.

Antara fobia yang paling saya takuti akan terjadi lagi ialah jika menghantar anak kesekolah menengah kebangsaan biasa, rasa cuak sebab hari hari terpandang didepan mata tingkah laku dan pe"el perangai budak sekolah ini,macam macam perkara kurang manis pernah berlaku.Tikar bantal serta tilam turut terjumpa didalam semak dibelakang sekolah tempat pelajar melepak tatkala mereka menghabiskan masa ponting kelas.Bekasan cebisan puntong rokok dan air kotak bersepah sepah macam tempat pembuangan sampah saja gayanya.Sekolah mana tu? mana lagi kalau tidak diKawasan Hulu Terengganu.Yang peliknya apabila mesyuarat PIBG tidak ada pula suara membincangkan hal sedemikian.Yang lebih ditekankan didalam mesyuarat hanyalah bagaimana untuk menambah tabung PIBG, berapakah sumbangan atau pun yuran yang perlu dikenakan kepada ibubapa. Ibubapa dok memendam rasa begitu sahaja,nampak macam tak berani bersuara, kenapa? takut di"black list" nama, nanti tak dapat bantuan itu ini,sebab JKKK turut hadir sama, apabila keburukkan disapu kebawah karpet  maka sukarlah kekotoran itu untuk dibersihkan. Pernah didalam satu majlis dialog dengan kehadiran segelintir ibubapa yang dipanggil yang konon kononya anak anak mereka terlibat dengan disiplin sekolah maka terdapat seorang ibubapa yang tidak dapat bertahan sabar telah bersuara bertanya "kenapa sesudah kritikal baharu nak dimaklumkan kepada ibubapa, sepatutnya dicegah sebelum parah,kenapa tidak menghubungi ibubapa lebih awal?" Jawapan guru mudah sahaja "pehak sekolah tidak menyimpan sebarang rekod biodata ibubapa samada alamat mahu pun nombor talian telefon" alahai...senangnya memberi jawapan lepas tangan....Olih itu kita mengharapkan para guru janganlah terlalu ambil mudah, tidak mahu ambil peduli asalkan cukup bulan dapat gaji.OOppp...terlupa....kerajaan tolong beri elaun khas untuk guru yang sanggup kerja lebih masa contohnya seperti mengajar kelas malam (tambahan) untuk anak anak muridnya.
sisipan akhbar SH
Tok ayah su-dah lama bersabar macam SabarUdin tukang kasut....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan