arkib

Jumaat, 20 Disember 2013

Semua nak C @ Realisasi...

Salam hormat!
Kalau dalam peperiksaan ramai yang tak mahu keputusan C tetapi gred itu menjadi implementasi (dilaksanakan) pula didalam kehidupan harian,kenapa?  jika dirujuk kepada kamus bahasa cina "si" itu bermaksud mati,saya pernah berkawan dan berkerja dengan tauke bangsa cina jadi terdapat beberapa patah perkataan yang sempat saya fahami, sossi bermaksud kunci tetapi kalau cakap "LU PAI SI" bermaksud "awak pergi mati" jika MalaySIa akan jadi MelayuMati,bagaimana pula dengan istilah refomasi....inflasi...rasionalisi...demokrasi dan macam macam lagi "si" yang begitu senonim ditutur olih ramai orang sejak mutakhir ini, kenapakah 'c @ si" menjadi pilihan? jawapan positifnya adalah disebabkan C merupakah huruf awalan "cerdik".
sisipan akhbar SH

Yang untungnya bagi orang cerdik sebab dia bolih guna kecerdikannya itu untuk kebaikan bukan sahaja kepada dirinya malah kepada orang lain juga,seperti kata ungkapan jadi orang yang "cerdik bolih ditumpang,bodoh bolih diajar".Namun begitu yang banyak terjadi kini berlainan sekali kerana mereka mengamalkan ayat yang popular "orang bodoh sebagai makanan (mangsa) kepada orang cerdik".

Apabila terbaca berita anak anak sekolah memperolihi banyak gred A
Sisipan akhbar SH dan kenangan
dalam peperiksaan PMR lalu teringat kenangan lama,antara pelajaran yang paling sukar ialah merengkaskan karangan, kami diberi masa beberapa minit membaca karangan seumpama membaca skrip filem kemudian diarah tutup buku selepas itu diberi masa dalam 30 minit untuk tulis semula karangan yang dibaca tadi, katakan jika 300 perkataan maka yang perlu ditulis hanya dalam sekitar tak sampai 100 perkataan sahaja, tulis dan ulas balik macam analisis berita, yang payah tu sebab bukan dalam ejaan rumi tetapi kesemuanya dalam ejaan jawi, buku cerita (karangan) itu juga dalam bahasa jawi contohnya cerita sekumpulan pemuda yang tertidur 300 tahun didalam sebuah gua, apabila tersedar mereka dapati keadaan disekelingnya telah berubah termasuk mata wang yang mereka ada pun sudah bertukar nilai. Pemerintahan negeri itu juga telah turut ditadbir olih orang (pembesar) lain. Bolih tulis tapi merangkak rangkak dengan tulisan ejaan jawi yang terdapat banyak salah, masa 30 minit yang diberi rasa macam tak terkejar. Seperti cerita filem klasik P.Ramli "seniman bujang lapuk" yang pada ketika itu harga secawan air kopi hanya 15sen tetapi sekarang dalam tempoh tak sampai 50 tahun harganya sudah jadi RM1.50.Naik...naik...naik....dan terus naik....Cuba kira berapa peratus nilai kenaikan harga dalam tempoh jangka masa itu,kalau anda pakar ekonomi tentu bolih jawab.Rakyat rasa macam tak mampu nak kejar dengan perubahan kenaikan harga barangan berbanding dengan pendapatan yang mereka perolihi.

Saya membesar dizaman kanak kanak dengan hanya memiliki sebuah radio pakai 3 biji beteri,tak pakai letrik pun, radio itu pun milik emak saudara yang dihadiah kepada saya. Setiap hari selepas balik sekolah, radio itulah yang menjadi teman, dah dinamakan kanak kanak jadi rancangan yang digemari juga berbentuk kanak kanak, antara yang masih saya ingat ialah rancangan yang yang diacarakan olih PakCik Jamal Mohammad, kalau tak silap saya juga turut mengutuskan sekeping surat kepadanya cuma saya sudah lupa apakah tujuannya.Maknanya saya meminati beliau sejak sedari zaman kanak kanak lagi, alhamdulillah akhirnya dapat juga saya ketemui beliau secara "live" tatkala umur saya kini yang telah bergelar datuk kepada seorang cucu.


bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan